LONDON  – Seorang pesara tempatan yang menetap di Bristol, England telah menerima setidak-tidaknya lapan permohonan untuk mengisi kekosongan jawatan susulan iklan kerja disiarkannya di kawasan tersebut.
Iklan kekosongan pekerjaan itu bukan iklan biasa sembarangan, malah lelaki berusia 70 tahun itu hanya mencari pekerja wanita untuk menjadi pembersih rumahnya yang sedia bekerja dalam keadaan bertelanjang bulat.
Sebagai ganjaran balasannya, pekerja kaum Hawa itu yang sanggup berani bogel tersebut akan menerima upah cukup lumayan sebanyak 20 pound (kira-kira RM112) untuk setiap jam, lapor media tempatan baru-baru ini.
Dalam iklannya tersebut, warga emas yang hanya dikenali sebagai nama John itu menyebut, dia cuma mencari wanita berusia daripada semuda 18 sehingga 55 tahun tanpa mengira status latar belakang diri mereka.
Media Britain melaporkan, tugas seumpama pembantu rumah ala erotik itu katanya, cukup mudah sebenarnya iaitu hanya untuk membersihkan keseluruhan kediamannya tersebut selama dua jam seminggu sekali sahaja.
Portal antarabangsa Huffington Post pada 20 April lalu melaporkan, John mengaku seorang pekerja bogelnya yang terakhir sudah pun berhenti daripada kerja tersebut setelah bertugas dengannya selama setahun.
“Wanita ini sebelumnya belum pernah bekerja seperti itu dan saya menyukai keadaan tubuh dirinya yang comel montok. Saya rasa pengalaman ini telah menjadikan pengalaman berharga dalam kehidupannya sendiri.
“Saya memang cari wanita yang ingin cabaran hebat dalam hidup peribadinya. Lagipun saya tidak dapat lagi jalin hubungan dengan wanita namun saya belum hilang perasaan mengagumi bentuk badan wanita,” ungkapnya.
Pekerja bogel yang akan dipilihnya sekarang bakal menjadi pembantu rumah yang kelima pernah dia tawarkan pekerjaan eksklusif tersebut, dan kemudian dijangka berhenti atas pelbagai alasan unik tertentu.
“Ada banyak cara bagi saya untuk membayar wanita. Tetapi ini bukan soal nikmat seksual semata-mata. Saya adalah orang yang menikmati kepuasan seks dengan hanya cara voyeur atau melihat diam-diam.
“Saya menerima itu, dan tidak ada yang tahu itu, ini masalah personal. Tapi saya tidak malu jika ada yang menanyakan: ‘Apakah kamu orangnya?’ Saya akan menjawabnya dengan baik,” kata dia lagi.
John mengaku lebih memilih wanita berusia antara akhir 20-an atau awal 30-an dan menjelaskan: “Saya sudah sempat mendapatkannya, namun ternyata dia lembam, jadi saya rasa dia bukan orang yang tepat.”
“Biasanya selepas kali pertama wanita ini sudah bekerja, mereka akan berkata, ‘Ini tidak seburuk yang dibayangkan sebelumnya’, saya seterusnya menjadi lebih dekat dan kami mesra berteman,” ungkap John jujur.
– Agensi/Mynewshub.cc/HAA