Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

11 Maut Banduan Cuba...

PORT-AU-PRINCE : Sepuluh banduan maut dalam cubaan melepaskan diri daripada penjara yang menyaksikan...

Harap Tiada Lagi Gangguan...

KOTA KINABALU - Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, yang hari ini diisytiharkan sebagai...

Transformasi Minda Tuntutan Hijrah...

KUALA LUMPUR -Ā UmatĀ Islam dituntutĀ supaya melakukanĀ suatu tranformasi atau perubahan minda dan budaya hidup yang...

Polis Tahan Suspek Samun...

KUALA LUMPUR - Polis menahan lima orang temasuk sepasang suami isteri bagi membantu...

108 Pelatih Sertai Fasa Dua PLKN 2.0 – Hishammuddin

KUALA LUMPUR – Seramai 108 pelatih yang menyertai Projek Perintis Transformasi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 2.0 sudah melanjutkan pengajian bagi fasa kedua program berkenaan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata jumlah itu adalah daripada keseluruhan 469 pelatih PLKN yang terpilih menyertai projek perintis di Kem PLKN Princess Haliza, Sepang pada Oktober tahun lalu.

Katanya, pelatih yang menyertai fasa kedua sedang mengikuti latihan kemahiran di Institut Kemahiran Bina Negara (IKBN), Institut Automotif Malaysia (MAI) dan Akademi KRU.

“Ini adalah satu pencapaian yang baik sekali gus menunjukkan keberkesanan PLKN berwajah baharu ini, selain membuktikan kita berada di atas landasan yang tepat.

“Pelatih yang tamat latihan ini akan sekurang-kurangnya memiliki sijil kemahiran bagi membolehkan mereka memasuki alam pekerjaan,” katanya pada sidang media Majlis Pelancaran PLKN 2.0 di sini, hari ini.


Turut hadir, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin; Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Mohd Johari Baharum dan Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Mohmed Asri Yusof.

Projek Perintis PLKN 2.0 itu dilaksanakan bagi menguji keberkesanan Fasa 1 iaitu Model Pembelajaran Bersepadu membabitkan lima modul utama iaitu Fit4Life, Tech and Talk, Malaysiaku, Be Safe and Be Alert, iUpgrade serta tiga sub modul iaitu Spirituality, Volunteerism dan MyFuture.

Awal tahun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengumumkan penangguhan PLKN 2015 bagi memberi peluang kepada JLKN menambah baik program berkenaan. – BHarian Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori