Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Lelaki Janji Potong ‘Anu’...

Tak pasti hendak klasifikasikan tindakan individu ini sebagai berani atau secara mutlaknya, bodoh!...

Masalah Kewangan KAFA Perlu...

KUALA LUMPUR - Penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat mahu masalah kewangan...

Mat Yo Jadi Gurauan...

Tidak cukup dengan bermacam-macam gambar direka di laman sosial untuk mengecam penyerang Johor...

Anekdot: Pakcik & Perasan...

DALAM diam-diam, ramai juga pakcik-pakcik yang terpengaruh dengan pelbagai iklan produk kecantikan untuk...

Premis Nombor Ekor Rugi RM23,000 Kena Pecah Masuk

SEREMBAN – Sebuah premis nombor ekor di Jalan Utham Singh di sini, kerugian RM23,000 selepas dipecah masuk melalui bumbung premis.

Ketua Polis Dearah Seremban ACP Muhamad Zaki Harun berkata kejadian itu hanya disedari pekerja premis berkenaan yang mahu membuka kedai kira-kira pukul 7.30 pagi tadi dan penyelia premis membuat laporan polis pada 9.12 pagi.

“Menurut pengadu, premis ditinggalkan dalam keadaan baik oleh pekerja terakhir yang menutupnya pada 7.15 malam.

“Tetapi pagi tadi…didapati pintu belakang kedai telah terbuka, alat penggera dipotong, terdapat kesan umpil pada pintu belakang dan kesan pecah pada siling,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

“Pengadu juga mendapati peti besi yang berada di dalam bilik khas telah terbuka… setelah pemeriksaan dibuat didapati wang tunai RM23,000 lesap.


Menurut Muhamad Zaki, pemeriksaan di tempat kejadian mendapati suspek masuk ke dalam premis dengan membuka beberapa kepingan atap dan memecahkan jaring besi hadangan menggunakan peralatan khas.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori