SEORANG doktor di Florida, Miami telah dibuang kerja setelah video pergaduhannya bersama seorang pemandu Uber dalam keadaan mabuk tersebar dan menjadi viral menerusi media sosial.
Anjali Ramkissoon, seorang doktor perubatan hilang kawalan dan dia mula menyerang seorang pemandu teksi Uber. Apabila Anjali cuba ditenangkan, dia bertindak merampas kereta pemandu tersebut.
Dia juga  membuang kesemua barangan peribadi pemandu berkenaan yang disimpan didalam kereta sebelum melarikan diri bersama kereta tersebut.
Perbuatannya dirakam oleh individu yang menghubungi pemandu tersebut untuk mendapatkan khidmat Uber.
Mengikut laporan, Anjali telah diberikan cuti bermula dari malam video tersebut tersebar pada Januari lalu dan selepas tiga bulan, dia telah ditamatkan perkhidmatannya.
Anjali walau bagaimanapun telah memohon maaf di atas perilakunya dan berkata dia berada di bawah tekanan kerana bapanya telah dimasukkan ke hospital dan dia juga ditinggalkan oleh teman lelakinya.
Dia juga mengakui  bahawa dia bertindak sedemikian kerana menyangka itu merupakan teksi Uber yang telah ditempah olehnya dan tidak dapat mengawal dirinya apabila melihat pemandu teksi Uber itu mengambil penumpang yang lain. -MYNEWSHUB.CC
-MYNEWSHUB.CC
Dokter pwon mabok..ish2…