Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Suspek Buruan Polis Parah...

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki cedera parah selepas terkena dua das tembakan ketika...

Main Judi, Tiga Pemandu...

KUALA LUMPUR - Tiga pemandu teksi masing-masing didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di...

Swasta Perlu Hasil Inovasi...

LUMUT - Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan meminta agar syarikat swasta melakukan inovasi unik...

Mahkamah: Bicara Ahmad Zahid...

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi muncul kali pertama di...

Isu MB: Najib Akan Menghadap Sultan Terengganu

LUNDU – Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual menghadap Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin dalam masa terdekat berhubung perkembangan terkini di negeri itu.

Sehubungan itu Perdana Menteri berharap semua pihak tidak membuat spekulasi berhuhung kedudukan Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman.

“Selepas majlis menghadap itu saya akan keluarkan kenyataan. Saya berharap kita tidak membuat spekulasi yang bukan-bukan.

“Kerajaan Terengganu akan berjalan seperti biasa. Apa-apa perkembangannya akan saya maklumkan kemudian,” katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas spekulasi mengenai penarikan balik darjah kebesaran termasuk ‘Datuk Seri’ oleh pihak istana kepada Ahmad Razif.

Desas desus perkara itu menjadi viral di laman sosial sejak Sabtu.

Tiga majlis yang dihadiri Ahmad Razif pada Sabtu dan Ahad hanya menyebut beliau sebagai Menteri Besar tanpa menyebut nama atau gelarannya.


Pihak media bagaimanapun tidak menerima sebarang kenyataan rasmi berhubung penarikan balik darjah kebesaran itu.

Ahmad Razif dikurniakan Darjah Dato’ Paduka Mahkota Terengganu Kehormat (DPMT) yang membawa gelaran Datuk pada 2012 serta Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZ) yang membawa gelaran Datuk Seri pada April 2015.

Ahmad Razif yang juga Ahli Dewan Undangan Seberang Takir mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu menggantikan Datuk Seri Ahmad Said pada 12 Mei 2014. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori