Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Proton Bangkit Di Indonesia,...

JAKARTA - Pengeluar kereta terkenal Malaysia, Proton membuat penampilan sulung tahun ini di...

5 Pendaki Malaysia Tawan...

HEBAT... Lima pendaki Kelab Jelajah Alpine berjaya menawan gunung tertinggi Carstensz Pyramid, 4,884...

Anak Kecil Main Api:...

SEBUAH produksi teater yang semakin meningkat naik, Anomalist Production yang sebelum ini pernah...

Top 10 Kanak-Kanak Paling...

SEKARANG ni tak payah tunggu dewasa dah kalau nak lihat kecantikan sebenar yang...

TLDM Terima Enam Lagi Kapal Tempur Pesisir Pantai

KUALA LUMPUR – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan menerima enam buah kapal tempur pesisir pantai (LCS) bagi mengukuhkan lagi kawalan keselamatan perairan negara.

LCS, buatan syarikat tempatan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd, akan diterima secara berperingkat mulai pertengahan 2019.

Panglima TLDM Laksamana Datuk Seri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin berkata kapal berkenaan adalah tambahan kepada empat kapal jenis itu yang dimiliki TLDM kini.

“Adanya kapal ini diharap dapat menyokong tugas penguatkuasaan serta kawalan di perairan negara selain membantu agensi maritim lain seperti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Polis Marin dan Jabatan Laut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam wawancara khas Sempena Hari TLDM Ke-82 di Wisma Pertahanan di sini, hari ini.

Beliau berkata pihaknya juga berharap untuk memperoleh 18 kapal tugas khas pesisir pantai (LMS) melalui Program Transformasi ’15-to-5 Armada’ TLDM, iaitu program penyusunan semula angkatan lautnya daripada 15 kelas kapal kepada hanya lima kelas kapal.


“Menerusi program ini, kapal yang berusia lebih 30 tahun tidak lagi digunakan kerana kos operasi yang tinggi.

“Oleh itu, kita mahukan kapal jenis LMS ini memandangkan ia kecil dan lebih senang dikendalikan,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai pengawasan di kawasan perairan negara, Ahmad Kamarulzaman berkata TLDM sentiasa bekerjasama rapat dengan APMM, Polis Marin serta tentera laut dari negara luar.

Hari TLDM 2016 bertema ‘TLDM Siap Siaga, Perairan Terpelihara’ akan disambut Rabu ini di semua Pangkalan TLDM. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • TLDM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori