Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Kedudukan Hodak, Bacina Dalam...

GEORGE TOWN - Persembahan hambar skuad Pulau Pinang bukan setakat meletakkan kedudukan ketua...

MIC Pastikan Kemenangan BN...

KUALA LUMPUR - MIC akan memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) di kerusi Parlimen...

‘Projek’ Dalam Pejabat, Pekerja...

DISEBABKAN 'berasmara dana' di tempat kerja, seorang pengurus dan pekerja muda di pasar...

Lelaki Warga Indonesia Ditahan...

KINABATANGAN - Polis menahan seorang warga Indonesia kerana memiliki 21 straw mengandungi syabu...

Editor Majalah Sokong LGBT Mati Ditetak Al-Qaeeda

XULHAZ Mannan, seorang editor majalah di Dhaka Bangladesh mati ditetak semalam kerana menyokong hubungan sejenis seperti gay, lesbian dan dua hala (LGBT).

Dalam serangan tersebut, rakannya Tanay Mojumdar juga maut setelah mereka berdua diserang oleh seorang individu yang menyamar sebagai penghantar barang.

Individu tersebut memasuki flat kediaman yang diduduki oleh Xulhaz dan Tanay sambil membawa barang yang konon perlu dihantar sebelum menetak mereka sehingga mati di tempat kejadian.

Kejadian malang pembunuhan dua sahabat itu disaksikan oleh ibu Xulhaz serta pembantu rumahnya.


Editor Majalah Sokong LGBT Mati Ditetak Al-Qaeeda
Xulhaz Mannan

Cabang Al-Qaeeda di Bangladesh, Ansal al-Islam telah mengakui menjadi dalang serangan tersebut dan telah memuat naiknya ke laman sosial milik pertubuhan mereka.

Amnesty International dan Setiausaha Amerika Syarikat, John Kerry telah mengecam tindakan kejam tersebut dan berkata bahawa kejadian itu tidak  boleh digammabrkan dengan perkataan dan tidak boleh dimaafkan. -MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori