Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Floria Diraja Putrajaya Dijangka...

PUTRAJAYA - Pameran flora antarabangsa tersohor, Floria Diraja Putrajaya 2018 yang akan membuka...

MB Baru: Azmin Adakan...

PETALING JAYA - Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali akan mengadakan pertemuan bersama penasihat...

Perodua Nafi Gambar Viral...

Kami pasti kebanyakan anda ada menerima kiriman gambar di bawah menerusi laman sosial...

Video: Pura-Pura Jadi Jemaah...

SERI ISKANDAR - Pantang lihat peluang, seorang lelaki tergamak curi barangan milik jemaah yang sedang...

Kami Tak Akan Bayar Wang Tebusan – PM Kanada

TIADA sebarang wang tebusan akan diberi kepada kumpulan pengganas Abu Sayyaf yang menculik tiga lelaki termasuk seorang rakyat Kanada.

Perkara itu ditegaskan oleh Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau meskipun seorang daripada rakyatnya merupakan tawanan kumpulan militan terbabit.

“Kanada tidak mahu dan tidak akan membayar tebusan kepada pengganas secara langsung atau tidak langsung,” katanya seperti yang dilaporkan portal National Post.

Trudeau membuat kenyataan selepas mendapat berita mengenai seorang daripada rakyatnya John Risdel yang dipenggal kepalanya di Jolo, Filipina semalam.

Beliau bagaimanapun menegaskan akan terus berusaha untuk menyelamat dan membebaskan tebusan yang masih lagi bersama kumpulan pengganas terbabit.

Menurut Trudeau, dengan membayar wang tebusan ia bermakna negaranya menyokong aktiviti jenayah dan keganasan.

Langkah itu katanya, membahayakan nyawa berjuta-juta rakyat Kanada kerana mereka boleh menjadi sasaran penculikan sekiranya berada di mana-mana negara.


Membayar wang tebusan untuk rakyat Kanada kepada pengganas seolah-olah kita membahayakan nyawa setiap lagi jutaan rakyat Kanada yang bekerja, menetap, dan melancong di seluruh dunia, pada setiap tahun.

“Kita perlu memastikan pengganas memahami bahawa kita tidak boleh terus untuk membiayai kegiatan jenayah dan keganasan mereka menjadi mangsa-mangsa tidak berdosa sebagai tebusan,” katanya.

Risdel bersama Robert Hall, Marites Flor dan Kjartan Sekkingstad diculik tujuh bulan lalu di atas kapal di sebuah marina dekat Davao, kira-kira 500 kilometer dari Jolo.

Sebelum dibunuh, Risdel, seorang pesara berkata, penculik akan membunuhnya pada 25 April jika wang tebusan sebanyak AS$6.4 juta tidak dibayar.

Beberapa jam selepas tempoh yang ditetapkan berakhir, polis Filipina berkata, dua orang menaiki motosikal telah meletakkan kepala di dalam beg plastik di Jolo.-MYNEWSHUB.CC

Sumber: National Post

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori