Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pemilik Ikan Sangkar Yang...

Pemilik ternakan ikan sangkar yang diculik kumpulan bersenjata di Kunak, Sabah, 16 Jun...

Kante Takut Punca Hazard...

PENYERANG Chelsea, Eden Hazard dalam nada berseloroh berkata dia hanya menjaringkan gol ke...

Kontroversi Tak Jejas ‘Periuk...

KONTROVERSI yang melanda pelakon Afifah Nasir tidak pernah melenturkan semangat yang ada dalam dirinya...

Sampah Tsunami Jepun Penuhi...

JUNEAU, Alaska - Ratusan tan serpihan marin dikumpul sepanjang pesisir pantai Alaska dan...

Waris Akui Perangai Lebih Matang Selepas Berkahwin

PENYANYI rap kelahiran Negeri Sembilan, Waris mengakui keputusan untuk mendirikan rumah tangga bersama isteri tersayang merupakan salah satu keputusan yang terbaik pernah dilakukan olehnya.

Tambah Waris, kehidupan selepas berkahwin banyak merubah cara hidup dan dirinya serta tanggungjawab sebagai seorang suami telah banyak mematangkannya.

“Memang betul apa yang diperkatakan, gaya hidup dan perangai saya sudah banyak berubah selepas mendirikan rumah tangga. Saya kini lebih bersabar dan lebih matang berbanding dahulu”

“Kalau saya tahu saya akan berubah ke arah yang lebih baik, sudah lama saya berkahwin”


Sebelum ini Waris pernah berdepan dengan dakwaan yang mengatakan dia semakin besar kepala dan kurang berdisiplin selepas menolak pelawaan untuk penggambaran fotografi. Ada juga khabar angin mengatakan Waris sukar memberikan kerjasama untuk sesi temu bual bersama media tempatan.

“Memang susah untuk menukar persepsi orang luar kerana mereka tidak berada disekeliling saya. Namun lama-kelamaan perkara tersebut semakin pudar kerana hubungan dengan media semakin baik. Seperti kawan baharu, kita akan mengambil masa untuk mengenali satu sama lain” katanya kepada BH Online. -MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori