Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Suami Isteri Seleweng Kutipan...

IPOH - Pasangan suami isteri yang ditahan berhubung kes penyelewengan kutipan zakat Majlis...

Pekerja Pasar Borong Dihukum...

KUALA LUMPUR - Seorang pekerja pasar borong hari ini dihukum penjara tiga bulan...

Lagi Suspek Serangan Bom...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan beberapa lagi suspek yang dipercayai...

Mangsa Banjir Di Pahang...

KUANTAN - Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan di sembilan daerah...

Video Penuh Pengajaran, Uji Nilai Murni Dalam Diri

SEBUAH video yang memaparkan seorang warga emas membeli barang di sebuah pasaraya namun tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membayar barangan yang dibelinya.

Video yang diterbitkan oleh The Cooperative Bank itu bertujuan untuk menguji sifat kemanusiaan dan nilai murni yang ada di dalam diri seseorang.

Bagaimanapun, rata-rata pengunjung yang melihat aksi warga emas itu bersimpati dengannya sudi menghulurkan bantuan, malah turut membayar bagi pihak lelaki ‘malang’ itu.


Video Penuh Pengajaran, Uji Nilai Murni Dalam Diri oleh mynewshub

Benarlah kata pepatah, buat baik akan di balas baik, begitulah sebaliknya. Rata-rata pengunjung itu dikejutkan dengan ganjaran yang tidak disangka-sangka.

Mereka tidak perlu membayar barangan yang dibeli atas perlakuan murni yang dilakukan terhadap lelaki tua ‘malang’ itu. Pihak The Cooperative Bank bermurah hati untuk membayar perbelanjaan mereka.

Video Penuh Pengajaran, Uji Nilai Murni Dalam Diri

“It was my good deed for the day, I just wanted to do something nice for somebody.”


“Hari ini saya melakukan kebaikan, saya hanya mahu melakukan sesuatu yang baik kepada seseorang.”

Pernah viral di laman sosial tempatan berkenaan karya Jason Lim yang berjudul Greed menjadi bualan hangat netizen tempatan.

Greed memaparkan respon masyarakat sekeliling terhadap sejumlah wang yang tercicir daripada kocek seorang remaja.

Jason Lim Greed

Aksi masyarakat di sekitar kejadian itu dirakam bagi memperolehi reaksi atau rupa sebenar orang kita terhadap wang yang sengaja dicicirkan itu.

Persamaan antara kedua-dua kisah ini adalah, eksperimentasi yang dilakukan atau dibuat untuk menguji nilai murni yang ada pada diri manusia. Banyak pengajaran dan mesej yang disampaikan melalui video tersebut.

Jika anda mengalami situasi seperti itu, apa yang anda akan lakukan? Fikir-fikirkan…-MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori