Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Projek Solar: Kes Rizal...

KUALA LUMPUR - Kes bekas pegawai khas kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Rizal...

Terkandas Akibat Pembedahan Plastik

TIGA wanita warga China terkandas di sebuah lapangan terbang di Korea Selatan berikutan...

40 Hari Gali Perigi...

New Delhi - Seorang lelaki menghabiskan 40 hari berturut-turut menggali perigi selepas isterinya...

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding...

KUALA LUMPUR - Ringgit dibuka rendah berbanding dolar US hari ini berikutan kekurangan...

Abang Bomba Sado Curi Tumpuan Netizen

KERJAYA sebagai ahli bomba sememangnya sangat mencabar. Ahli bomba dipanggil bukan saja untuk memadamkan kebakaran, malah membantu apabila berlaku kemalangan dan juga bila ada kucing yang terperangkap di atas dahan pokok.

Namun kelibat abang bomba yang sado di beberapa laman sosial ternyata mencuri perhatian. Jarang sekali kita dapat melihat abang bomba sado beraksi.

Abang Bomba Sado Curi Tumpuan Netizen

Jangan pula ada yang mengambil kesempatan ‘mencari’ masalah semata-mata untuk melihat abang bomba beraksi terutamanya kaum wanita.

Ramai berpendapat bahawa lelaki yang sado ini sebenarnya tidak kuat namun kenyataan itu telah disangkal oleh abang-abang bomba yang sado itu.

Abang Bomba Sado Curi Tumpuan Netizen

Bermacam-macam komen yang dimuat naik pada gambar pada gambar tersebut antaranya;

“Kesian abam bomba yg xsado. Mungkin sado tu da jadi kebangaan lain. Bukan kesadoan je yg dipandang mata. Tp usaha mereka yg meyelamatkan mangsa dan keadaan. Btw. Jabatan Bomba still the best,” tulis Bro Misteri.

Manakala ini pula komen dari seorang isteri kepada ahli bomba;


“Suami sy bomba, tp xsado pun. namun dialah satu2nya dihati ini.. sado mado xpenting, yg penting jalankan amanah kerja. Hanya Pesuruh you adalah ultraman, superman, spiderman dan youlah mangsa buli terbaik bg anak2… hahaha,” kata Tiada Nama.

Namun pada tahun lalu pernah viral di laman sosial mengenai kelandar yang diterbitkan oleh jabatan bomba yang menampilkan anggota-anggota bomba yang sado menghiasi kalendar tersebut.

Walaupun kalendar itu tidak diedarkan untuk orang ramai, Jabatan Bomba dan Penyelamat melalui Facebooknya telah mengadakan kuiz, dan pemenang akan memperolehi kalendar ekslusif tersebut.

Abang Bomba Sado Curi Tumpuan Netizen

Manakala ini pula siri poster abang bomba dari China diselaputi api yang membakar, ia juga turut menampilkan anggota-anggota bomba berbadan sado.-MYNEWSHUB.CC

Abang Bomba Sado Curi Tumpuan Netizen

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori