NASIB Harinder Pal Singh, saudara baharu yang memeluk Islam ketika sesi ceramah Dr. Zakir Naik di Stadium Hoki Bukit Jalil pada 14 Mac lalu kini terbela.
Penyanyi Indi terkenal, Noh Hujan bersedia menerima Harinder untuk bekerja dengannya.
BERITA ASAL :
Diboikot Kerana Lafaz Syahadah Ketika Ceramah Dr Zakir Naik
Noh yang kini berada di Jordan memberi reaksi segera untuk menawarkan pekerjaan kepada Harinder di restoran miliknya.
Noh Hujan yang berada di negera Timur Tengah itu bersama isterinya Mizz Nina, memaklumkan perkara tersebut kepada Penerbit Into Taqwa #Penghijrahan Fenomena, Syafinah Othman.
Harinder yang berasal dari India kini menganggur berikutan kontrak pekerjaannya sebagai penjawat swasta di Melaka tidak diperbaharui.
Lebih tragik, Harinder dihalau keluar rakan serumah kerana bimbang dia akan mempengaruhi rakan-rakan lain dengan ajaran Islam.
Dalam sesi temuramah untuk program TV Al Hijrah semalam, Harinder melahirkan hasratnya untuk mendapat sebarang jenis pekerjaan bagi memastikan kehidupannya sebagai saudara baharu kembali stabil.
BACA: Diboikot Kerana Lafaz Syahadah Ketika Ceramah Dr Zakir Naik
Harinder akan muncul secara langsung dalam program Assalamualaikum #IslamIsFistClass terbitan TV Al Hijrah pada 8 pagi Ahad ini. – mynewshub.cc