Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Senarai Manifesto Barisan Nasional...

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan menawarkan 65 inisiatif dalam manifesto...

Beras Sedia Ada Cukup...

KUALA LUMPUR : Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menegaskan jumlah stok bagi...

Robert Rizal: Bunuh 5...

Oleh: Datuk Akmar Hisham Mokhles TAHUN 1973 bukan sahaja menjadi tempoh yang mencabar buat...

Warga Kota Mula Banjiri...

KUALA LUMPUR - Walaupun baru memasuki minggu pertama Ramadan, suasana di terminal bas...

218 Mat Rempit Ditahan Polis Barat Daya

GEORGETOWN – Seramai 218 individu termasuk lapan remaja perempuan ditahan polis dalam Op Samseng Jalanan yang dibuat di kawasan tumpuan mat rempit di sekitar daerah Barat Daya, dekat sini awal pagi ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Barat Daya, DSP Siti Nor Salawati Said berkata dalam operasi yang bermula pukul 3 pagi hingga 6 pagi itu, pihaknya menjalankan pemeriksaan di lokasi yang menjadi laluan mat rempit seperti di Bulatan Bayan Baru dan Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu.

Katanya sebanyak 196 motosikal diperiksa dan 41 daripadanya disita kerana tiada cukai jalan dan cukai jalan tamat tempoh manakala selebihnya ubah suai kenderaan tanpa kebenaran.

“Dalam operasi itu juga, ada beberapa penunggang motosikal yang cuba berpatah balik selepas menyedari polis menjalankan operasi, tapi kami berjaya menahan mereka kerana telah menempatkan anggota polis di beberapa lokasi di kawasan sekitar,” katanya di sini hari ini.

Siti Nor Salawati berkata daripada keseluruhan mereka yang ditahan itu, seramai 76 individu adalah remaja bawah umur termasuk 44 pelajar sekolah dan kesemua mereka berusia antara 13 dan 18 tahun.

Katanya pemeriksaan juga mendapati seramai 43 individu yang ditahan tidak memiliki lesen memandu dan polis turut mengeluarkan sebanyak 89 saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas.


“Selain itu, sebanyak 15 waran tangkap turut dikeluarkan atas pelbagai kesalahan,” katanya.

Beliau berkata tujuan operasi itu adalah bagi mengesan penunggang motosikal yang tidak mematuhi undang-undang lalu lintas, membanteras kegiatan samseng jalanan dan mengesan suspek kes jenayah.

“Berdasarkan maklumat awam dan risikan, mat rempit selalu menjadikan laluan di situ untuk berlumba. Operasi ini akan diteruskan dari semasa ke semasa dalam usaha membanteras aktiviti samseng jalanan dan membendung kegiatan jenayah,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori