Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Peserta Job Fair Pastikan...

KUANTAN - Orang ramai yang baharu mendapat kerja, khususnya menerusi program Job Fair...

Cita-Cita Sebenar Bill Gates...

SIAPA yang tidak kenal Bill Gates, seorang jutawan yang bertanggungjawab membangunkan sebuah syarikat teknologi...

Amira Othman Belum Sedia...

KUALA LUMPUR - Penyanyi lagu Jaga-Jaga iaitu Amira Othman belum terfikir untuk menjalinkan...

‘Pendekar Gemuk’ Sudah Ditahan...

DUA suspek insiden pukul seorang kontraktor Syarikat Air Johor Holdings Bhd (SAJ) dalam rakaman...

22 Didakwa Salah Guna Laman Sosial Sejak 2010 Hingga Mac 2016

KUALA LUMPUR – Seramai 22 pemilik akaun laman sosial, laman sesawang dan blog didakwa kerana menyalahgunakan medium berkenaan untuk pelbagai tujuan sejak 2010 hingga Mac 2016, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari.

Beliau berkata sehingga Mac lepas, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menyiasat sebanyak 32 kes penyalahgunaan internet dan media baharu mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Kesalahan yang dilakukan seperti penyebaran fitnah atau berita palsu menggunakan platform internet adalah tertakluk kepada undang-undang sedia ada seperti Akta Fitnah 1957, Akta Hasutan 1948 dan Kanun Keseksaan (Akta 574) selain Akta Komunikasi dan Multimedia,” katanya pada Persidangan Dewan Negara di sini, hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Senator Boon Som a/l Inong mengenai jumlah akses internet di negara ini dalam tempoh lima tahun lepas serta bilangan rakyat Malaysia yang memiliki akaun media sosial seperti Facebook, WhatsApp, Telegram dan Instagram.

Jailani berkata seramai 20.62 juta rakyat Malaysia memiliki akaun media sosial sehingga Januari tahun ini.

Jailani berkata bagi memperkukuh mekanisme kawal selia media internet dan media baharu, kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Khas Membanteras Penyalahgunaan Media Sosial yang diterajui Kementerian Komunikasi dan Multimedia selain dianggotai SKMM, Polis DiRaja Malaysia dan Jabatan Peguam Negara.

“Jawatankuasa ini turut berperanan memperkukuh koordinasi dan jalinan kerjasama antara agensi bagi memantau dan membanteras isu penyalahgunaan internet dan media baharu,” katanya.

Bagi inisiatif jangka masa panjang, kerajaan sedang melaksanakan pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Akta SKMM untuk menambah baik rangka kawal selia dan penguatkuasaan sedia ada.

“Ini bertujuan memperkukuh peruntukan dalam akta termasuk mengambil kira teknologi terkini dan persekitaran yang sudah berubah sepanjang 18 tahun lepas,” katanya.


Pada masa yang sama, beliau menasihatkan pengguna media sosial supaya sentiasa mengamalkan kawal selia kendiri dengan menggunakan kemudahan internet secara positif dan bertanggungjawab.

Jailani berkata setakat ini, kerajaan tidak berhasrat menyekat laman media sosial antarabangsa seperti Facebook, Telegram dan WhatsApp kerana rakyat Malaysia secara umumnya menggunakan kemudahan itu secara berhemah termasuk untuk aktiviti keusahawanan.

Menjawab soalan tambahan Boon sama ada kementerian bercadang merombak kaedah komunikasi Jabatan Penerangan yang masih menggunakan komunikasi secara tradisional, beliau berkata kementerian mempunyai beberapa pendekatan berhubung perkara itu.

Selain secara bersemuka dan pendekatan secara sosial media, Jabatan Penerangan menggunakan strategi bela, pertahan dan banteras dalam menguruskan isu penyalahgunaan internet dan memberi latihan khusus kepada pegawai penerangan bagi meningkatkan kemahiran mereka.

“Dalam isu persepsi keganasan, jabatan itu menjalinkan hubungan erat dengan kementerian dan PDRM untuk memberi maklumat tepat bagi membentuk persepsi masyarakat terhadap isu-isu semasa khususnya berkaitan keselamatan negara.

“Antara program yang dilaksanakan adalah program taklimat isu semasa dan penglibatan dengan generasi Y,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori