Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Polis Cari Nur Haziqah...

Tangkak : Polis mencari seorang wanita, Nur Haziqah Hamidi yang menjadi saksi penting...

Kes COVID-19 Global Kini...

BEIJING - Kes COVID-19 global pada Selasa kini berjumlah 100,032,461 juta dengan 2,149,818...

Mengalum Resort Tiada Kaitan...

KOTA KINABALU - Pemilik Mengalum Tours and Dive Resort Sdn. Bhd., Datuk Roland...

Trump Ceria China Beli...

BEIJING – Ketika Malaysia Airlines Berhad (MAB) membeli 25 pesawat Boeing manakala jirannya,...

233 Disaman, 7 Kenderaan Ditunda Akibat Parkir Di Tepi Jalan

KUALA LUMPUR – Tindakan meletakkan kenderaan sesuka hati di tepi jalan di sekitar ibu negara membawa padah apabila seramai 233 pemilik kenderaan disaman dalam ‘Op Halangan Bersepadu’ di sini, malam tadi.

Operasi khas yang melibatkan polis trafik Kuala Lumpur, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) turut menyaksikan tujuh kenderaan ditunda atas kesalahan sama.

Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur ACP Mohd Nadzri Hussain berkata selain daripada tindakan saman dan tunda itu, seorang pelajar lelaki kolej swasta berusia 20 tahun ditahan kerana memandu kenderaaan yang mempunyai nombor pendaftaran palsu.

“Pelajar yang memandu kereta jenis BMW itu ditahan kira-kira pukul 11.15 malam ketika anggota melakukan operasi di Jalan Bukit Bintang.

“Semakan nombor pendaftaran dan nombor casis kereta mendapati ia tidak terdapat dalam sistem rekod Jabatan Pengangkutan Jalan,” katanya ketika dihubungi.


Berikutan itu, Mohd Nadzri berkata pelajar berkenaan serta keretanya dibawa ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menggunakan nombor pendaftaran palsu manakala kenderaan yang ditunda disiasat mengikut Seksyen 50 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Operasi hampir tiga jam bermula pukul 9.15 malam sehingga 12 tengah malam itu dijalankan di 11 lokasi sekitar ibu negara seperti di Jalan Sultan Ismail, Jalan P. Ramlee, Jalan Pinang, Jalan Raja Chulan dan Jalan Alor. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori