Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Mayat Pegawai Kapal Ditemui...

LABUAN - Mayat seorang anak kapal ditemui terapung berdekatan Terminal Feri Antarabangsa Labuan...

PRU15: Terjemah Kemarahan Terhadap...

TAIPING – Anggota tentera perlu menterjemahkan rasa tidak puas hati mereka berhubung dakwaan...

Polis Teliti Laporan Isu...

GEORGETOWN - Polis akan meneliti semua laporan polis yang dibuat beberapa pihak berhubung...

Beckham Mahu Jadikan Ronaldo...

DAVID Beckham bersedia menjadikan Cristiano Ronaldo sebagai pemain pertama dibawa masuk Inter Miami,...

CEO Rayani Air Janji Bayar Gaji, Mahu Pecat Staf Mogok

KUALA LUMPUR – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Rayani Air Ravi Alagendrran membidas kakitangan yang mengumumkan rancangan mahu merampas kuasanya dalam syarikat itu dan mencadangkan supaya mereka ‘memulakan syarikat penerbangan sendiri jika mereka begitu bijak’.

Walau bagaimanapun, beliau yang didakwa tidak membayar tunggakan gaji 400 kakitangan dan tidak memotong wang Kumpulan Wang Simpanan Majikan (KWSP) berkata, beliau akan memastikan pekerja-pekerjanya berkenaan mendapat wang mereka.

Staf Rayani Air Adakan Sidang Media Tuntut Gaji

Antara caranya adalah memuktamadkan perjanjian dengan pelabur untuk menjual 51 peratus pegangan saham dalam syarikat penerbangan itu.

“Ya, saya akan bayar mereka. Saya mempunyai para pelabur. Tengoklah mereka (pekerja), anda fikir mereka boleh bawa masuk pelabur?.

“Mereka terlalu mengikut emosi mereka seperti budak-budak,” kata Ravi kepada The Star dalam satu temu bual telefon, sambil menambah beliau merancang untuk memberhentikan separuh daripada tenaga kerjanya.

“Saya akan buang semua orang-orang ini,” tambah Ravi, berang.

Beliau menyalahkan mogok pekerjanya yang telah menjauhkan pelabur dan meletakkan syarikat penerbangan itu dalam masalah kewangan.

Staf Rayani Air Halau Wartawan, CEO Pekena Roti Canai Kat Bawah

Pada Jumaat, kakitangan dari bahagian operasi dan kejuruteraan Rayani Air mengumumkan bahawa mereka sedang dalam perbincangan dengan beberapa pelabur untuk membeli majoriti saham dalam syarikat penerbangan itu daripada Ravi, selain mengatakan bahawa mereka tidak mahu CEO itu menerajui syarikat berkenaan lagi.


Mereka juga mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Ravi dan isterinya, Datuk Karthiyani Govindan jika gaji mereka bagi bulan Mac tidak dibayar manakala KWSP juga tidak dipotong.

Bantahan yang diketuai oleh Pengurus Operasi Rayani Air di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), Zulkalnain Azdan itu mendakwa Ravi tidak mempunyai pengalaman penerbangan dan mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman terhadap kakitangan.

Sebagai tindak balas, Ravi mendakwa Zulkalnain asalnya diupah sebagai pencuci pesawat tetapi beliau telah dipaksa untuk menaikkan pangkatnya kepada pengurus stesen oleh kakitangan atas sebab tertentu.

Rayani Air yang memulakan operasi sejak Disember lalu adalah syarikat penerbangan pertama di Malaysia yang beroperasi berlandaskan patuh syariah.

Pada 11 April, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) telah mengeluarkan arahan pergantungan sementara Sijil Operator Udara Rayani Air selama tiga bulan selepas syarikat itu berdepan banyak aduan dan menggantung sendiri operasinya untuk penstrukturan semula. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori