Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Qari Malaysia Juarai Tilawah...

MESKIPUN bergelar naib johan dalam Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan 2018/1439H...

Bekas Menteri, Setiausaha Agung...

KUALA LUMPUR : Bekas menteri Kabinet, Tan Sri Sabbaruddin Chik meninggal dunia di...

Payudara Wanita Pecah Sebab...

SEORANG wanita dari Canberra, Australia dilaporkan pecah implan pada bahagian payudara selepas seekor...

PKR Menang Tapi Majoriti...

RASMI... PKR terus mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis apabila calonnya, Mohd....

Peminat Sabah Bergambar Dengan Suami, Tag FB Liyana Jasmay

DEK kerana populariti yang dikecapi Liyana Jasmay, suami kepada pelakon ini turut terkena tempiasnya apabila ramai yang mahu bergambar dengannya meskipun dia bukanlah selebriti terkenal.

Perkara itu didedahkan Liyana, 28, yang memberitahu, dia menerima banyak mesej di laman sosial daripada peminat apabila mereka mengambil gambar dengan suaminya yang kini bekerja di Sabah.

7n_liyanajasmaymahu00 (17 Gambar) Keseronokan Liyana Jasmay Bersama Suami Dan Anak Sulungnya Bercuti Di Kota England 4 imageResize

“Kasihan juga melihat suami. Dia bekerja di Sabah dan orang di sana ramai yang mengenali dia sebagai suami saya, jadi mereka selalu juga minta untuk bergambar dengannya.

“Selalu saya dapat notification di laman sosial peminat yang bergambar dengannya dan tag saya, mereka kata tidak dapat bergambar dengan saya, suami pun jadilah,” ujarnya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Liyana mengakui peminat di negeri itu sedikit fanatik hingga membuatkan dia sendiri berasa agak takut untuk keluar bersendirian jika melawat suaminya di negeri itu.

“Jika ke Sabah saya hanya duduk rumah sahaja, takut untuk keluar bersendirian kerana pernah ada pengalaman buruk di sana.


“Saya diekori oleh orang tidak dikenali ketika sedang membeli-belah bersendirian, nasib baik tiada apa yang berlaku kerana segera balik ke rumah. Selepas kejadian itu saya tidak berani keluar bersendirian lagi,” katanya.

Liyana mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Fathudin Mazlan, 31, pada 2 Februari 2013. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Sofea Arissa, 2, dan Selena yang baharu berusia 3 bulan.

Dalam perkembangan lain, Liyana kini sibuk dengan perniagaan pakaian di bawah jenama Mermaid Store dan produksi Mermaid Studio, selain akan muncul dengan lagu baharu berjudul Oh Na Na tidak lama lagi. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori