Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

PN Tawar Pelan Pembangunan...

JOHOR BAHRU : Perikatan Nasional (PN) menawarkan pelan pembangunan ekonomi Johor bagi tempoh...

Gadis Singapura Dilapor Hilang,...

SEORANG gadis berasal dari Singapura, Cheryl Yap Lay Leng yang dilaporkan hilang oleh...

SMK Tinggi Melaka Juara...

KUALA LUMPUR - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Melaka hari ini muncul juara...

Azwan Ali Belanja Nasi...

AMPANG – Calon Bebas Dewan Undangan Negeri N19 Bukit Antarabangsa, Azwan Ali meneruskan...

Ceramah Kempen DAP Kali Ini Lesu Berbanding PRN 2011

KUCHING – Meskipun terdapat pelbagai strategi kempen digunakan semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini, namun ceramah tetap dianggap pendekatan terbaik untuk berinteraksi secara bersemuka dengan pengundi.

Ceramah politik digunakan kedua-dua pihak, DAP dan Barisan Nasional (BN) yang turut memasuki banyak rumah panjang di luar bandar dan pedalaman Sarawak, dengan pengundi etnik Dayak hanya perlu duduk santai di ruai.

Di pentas bergerak di kawasan bandar pula, kelebihan tentu memihak kepada pengucap awam atau orator DAP yang hebat. Kualiti ceramah calon diukur daripada pelbagai segi dan retorik dalam penyampaian ucapannya.

Mampukah penceramah terutama calon DAP itu sendiri membentangkan dalil dan hujah kukuh, dengan bahasa yang memikat, serta merangsang minat dan emosi khalayak ramai? Bagaimana pula suara dan bahasa badannya?

Adakah orator kaku dan mendatar? Atau ceramah itu menyengat, menghiburkan atau melucukan? Kelemahan pemimpin politik atau calon DAP mesti terserlah di hadapan mata jika dia lemah dalam pengucapan awam.

ceramah1

Paling ketara termasuk hujah dan maklumat yang disebut sebenarnya sudah basi, mengulangi isu lapuk, suara tidak pelbagai, bahasa tubuh tidak memikat, dan tidak disuntik dengan gurau senda menjadikan ceramah bosan.

DAP dan PKR lazimnya memiliki kelebihan di atas pentas berbanding BN. Sukar untuk cari orator hebat dalam kalangan calon BN Sarawak, sehingga timbul soalan, adakah mereka menganggap ringan dalam aspek tersebut?

Untuk rekod, Mynewshub difahamkan pada PRN 2011 lalu, ceramah DAP berjaya mendapat sambutan hangat, sehingga melimpah ruah penuh padang menyebabkan kesesakan lalulintas apabila mencecah 15,000 penonton.

Puncanya? Ketika itu banyak isu membabitkan pemimpin BN negeri diterajui Tun Abul Taib Mahmud dan isu korupsi didedahkan, menjadikan ceramah pembangkang bukan sahaja menarik tetapi menghiburkan pengundi.

Kini, berdasarkan maklumat sumber tempatan di Miri, Sibu waima Kuching sukar sekali untuk parti dipimpin oleh Pengerusi DAP, Sarawak Chong Chien Jen yang bertanding di 31 kerusi itu menarik lebih daripada 1,000 hadirin.

ceramah2

Adakah masih terlalu awal lagi atau pengundi telah mula memihak kepada BN di bawah kepemimpinan Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem? Atau tidak ada lagi isu panas dan kontroversi untuk dimainkan pembangkang?

Dengan kempen baharu memasuki malam ketiga, mungkin awal untuk membuat penilaian. Kempen pembangkang setakat ini menjurus kepada isu hangat nasional antaranya 1MDB, GST dan kepimpinan Perdana Menteri sendiri.


Di Kuching, hanya sekitar 450 hingga 700 orang yang hadir, dengan khalayak dihiburkan suntikan humor, ejekan, perlian, kritikan dan tohmah fitnah – acuan yang sering digunakan mana-mana calon pembangkang sebelum ini.

Di Batu Kawah malam Selasa, kurang 800 sahaja hadir dalam ceramah DAP menampilkan calon Pending, Violet Yong dan calon Padungan, Wong King Wei, selain tentunya Christina Chew yang berdepan laluan sukar kali ini.

Beliau hanya menang 543 undi untuk merampas kerusi Batu Kawah pada PRN 2011 daripada penyandangnya, calon BN, Tan Joo Phoi berbanding 4,180 undi yang diperoleh oleh wakil kerajaan itu ketika PRN sebelumnya.

aziz

Pada ceramah kali ini, Presiden SUPP, Datuk Dr. Sim Kui Hian, parti Cina dalam BN Sarawak itu sasaran kritikan yang menyindir pakar jantung itu tidak layak menjadi politikus. Lagi banyak ejekan lagi menarik untuk hadirin.

Berbeza DAP, BN sebaliknya menggunakan pendekatan santai, termasuk jelajah dari sebuah kedai kopi ke sebuah kedai kopi yang lain seperti dilakukan calon BN Batu Kitang, Lo Khere Chiang menerusi sesi berjumpa pengundi.

Tidak mudah sebenarnya bersemuka dengan pengundi untuk maklum balas kerana mereka boleh sahaja lontar soalan berbisa dan kontroversi yang sukar dijawab atau ditangkis oleh DAP. Semua orang tahu apa isu berkenaan.

Di Sibu ceramah politik menjadi melodramtik apabila keluarga mangsa culik di Filipina yang berasal dari bandar itu muncul di pentas DAP, merayu mendapatkan bantuan. Gambar berkenaan menjadi viral menerusi alam maya.

Pengundi boleh terhibur dengan gelagat calon dan penceramah DAP di pentas, tetapi akhirnya, sama ada semua kehadiran di depan pentas ceramah bakal diterjemahkan dalam bentuk undi, akan hanya diketahui 7 Mei nanti. Mynewshub.cc/HAA

#PRNSARAWAK

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori