Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

DuBike: Basikal Pintar Dengan...

Baidu merupakan salah satu syarikat gergasi internet di China yang menawarkan enjin carian...

Remaja Perempuan Kritikal Ditikam...

JOHOR BAHRU – Seorang remaja perempuan kritikal selepas ditikam seorang lelaki, dipercayai teman...

Doktor Sambut Kelahiran Bayi...

TINDAKAN pantas sekumpulan doktor di China berjaya membantu seorang wanita melahirkan bayi di...

Tak Memilih Watak, Asal...

SAIZ fizikal seseorang adakalanya tiada kena-mengena dengan usianya; ada yang bertubuh kecil tapi...

4 Bot Nelayan Vietnam Ditahan Ceroboh Perairan Negara

KEMAMAN – Empat bot nelayan Vietnam yang menangkap hasil laut di perairan Kemaman berjaya ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), awal pagi semalam.

Pengarah Maritim APMM Terengganu, Kapten Maritim Zainolabidin Jusoh berkata keempat-empat bot itu ditahan pada waktu berbeza dalam jarak yang berdekatan kira-kira 94 batu nautika dari Kuala Kemaman.

“Cubaan bot ini meloloskan diri dengan memecut gagal apabila berjaya dipintas kapal APMM. Bot pertama ditahan kira-kira pukul 3.45 pagi.

“Sejam kemudian, kita menahan satu lagi bot. Ini diikuti bot ketiga pada pukul 5.20 pagi manakala bot terakhir ditahan pada pukul 6.15 pagi.

“Kita menahan empat tekong bersama 24 awak-awak yang berumur 16 hingga 56 tahun dan sebanyak 300 kilogram (kg) ikan dan 150kg sotong turut dirampas,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Turut hadir, Pengarah APMM Pangkalan Maritim Kemaman, Left Komander Maritim Mohd Marmizi Md Nor.

Zainolabidin berkata hasil pemeriksaan, kesemua bot nelayan asing itu didapati tidak memiliki sebarang dokumen bot atau permit sah daripada Jabatan Perikanan Malaysia dan kesemua awak-awak juga tidak memiliki dokumen pengenalan diri.


“Nelayan asing ini disyaki mengambil risiko menceroboh perairan negara kerana ingin mendapatkan hasil tangkapan yang banyak kerana sekarang merupakan musim menangkap sotong.

“Kes akan disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 yang mana jika disabit kesalahan, kesemua bot ini boleh dirampas dan tekong boleh didenda sehingga RM1 juta manakala awak-awak boleh didenda sehingga RM500,000,” katanya.

Zainolabidin berkata, sejak Jan hingga semalam sebanyak 12 bot nelayan asing berjaya ditahan di perairan Terengganu dan seramai 108 awak-awak telah ditahan dengan nilai anggaran tangkapan sebanyak RM8.1 juta.

“Bot nelayan asing ini ditahan atas pelbagai kesalahan mengikut Akta Perikanan 1985, Akta Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 dan Akta Imigresen 1959/1963,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori