Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Tiada Cadangan Guna Semula...

KUALA LUMPUR - Kerajaan belum bercadang untuk mewujudkan semula perkhidmatan bas mini sebagai...

Kematian Kanak-Kanak Di HTAR,...

SHAH ALAM : Sebanyak 19 keterangan direkodkan polis bagi membantu siasatan kematian seorang...

Kanak-Kanak Syria Ada Simptom...

BEIRUT - Kanak-kanak Syria menunjukkan simptom 'tekanan toksik', selain cuba mencederakan diri sendiri...

Hadi Beri Gambaran Salah...

KUALA LUMPUR - DAP mendakwa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah...

4 Kawasan Di Semenanjung Catat Bacaan IPU Tidak Sihat

KUALA LUMPUR – Empat kawasan di semenanjung mencatat kualiti udara tidak sihat dengan Cheras, merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada 126 setakat pukul 1 tengah hari tadi.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan lain yang berada dalam kategori tidak sihat ialah Shah Alam, Selangor (115), Pelabuhan Klang (112) dan Nilai, Negeri Sembilan (103).

Bacaan IPU di Miri, Sarawak, bagaimanapun menunjukkan penurunan yang banyak dari 146 pada 22 April kepada 40 setakat pukul 11 pagi tadi, untuk berada dalam kategori baik.

Kebanyakan kawasan di semenanjung turut mencatat bacaan sederhana dengan Banting memiliki catatan tertinggi kategori itu pada 99.

Kualiti udara di Malaysia Timur secara rata-ratanya berada dalam keadaan baik dengan Tawau mencatat bacaan 19 dan Sibu (26).

Kenyataan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar baru-baru ini menjelaskan jerebu di Lembah Klang sejak 20 April adalah akibat kebakaran hutan di beberapa kawasan di semenanjung termasuk kebakaran tanah gambut di sempadan Kuala Langat dan Sepang, Selangor.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Selangor Selatan, Abu Bakar Abdul Kadir berkata kebakaran tanah gambut seluas 65 ekar itu bermula 31 Mac lepas dan pihaknya berjaya mengurangkannya sehingga 38 ekar setakat ini.


“Kami jangka dapat memadamkan sepenuhnya kebakaran itu dalam masa lima hari. Bagaimanapun, ia mungkin mengambil masa yang lebih jika air merebak akibat tiupan angin,” katanya kepada Bernama hari ini.

IPU antara 0 hingga 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori