Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Lelaki Cedera Parah Dipukul...

GEORGE TOWN - Seorang lelaki cedera parah di kedua-dua tangan manakala hidungnya hampir...

Terengganu Tak Lepas Tangan...

KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri Terengganu sentiasa peka dan tidak pernah ‘lepas tangan’...

Singapura Rombak Kabinet, Beri...

SINGAPURA - Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong hari ini mengumumkan akan melakukan...

LRT – Perjalanan Terus...

KUALA LUMPUR - Pengguna perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Sri Petaling -...

47 Polis Dijel Seumur Hidup Di India

Lucknow (India) – Sebuah mahkamah khas di sini menjatuhi hukuman penjara seumur hidup ke atas 47 anggota polis kerana membunuh sekumpulan lelaki Sikh yang mereka dakwa militan pada 1991.

Menurut agensi berita Press Trust of India (PTI), anggota polis berkenaan didapati bersalah menembak mati mangsa sebagai cara untuk naik pangkat di negeri Uttar Pradesh yang ketika itu dilanda aktiviti militan Sikh.

Dalam kejadian itu, anggota polis terbabit menahan sebuah bas yang membawa sekumpulan penganut Sikh bersama keluarga mereka yang dalam perjalanan menghadiri majlis keagamaan.

Mereka kemudian memaksa 11 penumpang berkenaan turun sebelum membawa mereka ke kawasan hutan di negeri di utara India itu lalu membunuh mangsa, kata pendakwa raya SC Jaiswal.

“Mahkamah mendapati bukti yang mencukupi untuk menjatuhi hukuman penjara seumur hidup ke atas tertuduh,” kata Jaiswal, memetik keputusan mahkamah kelmarin.


Ketika kejadian, kumpulan militan Sikh terbabit dalam gerakan mewujudkan negeri sendiri yang dinamakan Khalistan di wilayah berkenaan.

Mahkamah Agung yang bertindak atas petisyen seorang peguam mengarahkan Biro Pusat Penyiasatan (CBI) menyiasat kes itu. – myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori