Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

UMNO Perlukan Kepimpinan Berprinsip...

SEREMBAN – Dalam usaha untuk merawat, memulih dan membangunkan semula parti, UMNO memerlukan...

51,400 Hartanah Tidak Terjual...

ISKANDAR PUTERI - Sebanyak 51,400 unit hartanah dengan nilai keseluruhan dianggarkan sebanyak RM36...

Fikirlah: Tandas Awam Imej...

KUALA LANGAT - Ketika mengikuti satu program liputan media baru-baru ini, seorang rakan...

“Cleopatra Bukan Transgender, Bukan...

KUALA LUMPUR - Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini memberi penjelasan berhubung...

5 Blok Rumah Pekerja Musnah Terbakar Di Sandakan

SANDAKAN – Seramai 145 pekerja kilang di Semawang Sawmill di Batu 11 dekat sini, hilang tempat tinggal selepas lima blok rumah pekerja di kilang itu musnah terbakar semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan Mohd Razali Awang Ahmad berkata tindakan cepat bomba mengawal api berjaya menyelamatkan sebuah lagi blok menempatkan 51 pekerja wanita daripada musnah terbakar.

Katanya seramai 13 anggota bersama tiga jentera dan sebuah kenderaan utiliti dikejarkan ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.53 tengah malam.

Api dapat dikawal pada pukul 2 pagi dan dipadam sepenuhnya pada 6 pagi, katanya di sini, Jumaat.

Beliau berkata tiada sebarang kecederaan dilaporkan manakala punca kejadian masih dalam siasatan.


Dalam kes berasingan, Mohd Razali berkata seorang wanita warga emas berusia 84 tahun yang dilaporkan hilang semalam di Kampung Sungai Batang Batu 10 dekat sini, dijumpai hari ini.

Katanya mangsa dijumpai dalam keadaan selamat pada pukul 7 pagi di kawasan hutan Kampung Rancangan Sungai Manila, lima kilometer dari tempat mangsa dilaporkan hilang.

Mangsa, Lee Thai Yin dilaporkan hilang pada pukul 12 tengah hari oleh anaknya yang kali terakhir dilihat berada di perkarangan rumah mereka. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori