ADAKAH anda tahu bahawa tidak semua mesej yang dihantar kepada anda melalui laman sosial Facebook boleh sampai terus kepada pengetahuan anda sendiri.
Pengguna Facebook telah merungkai rahsia ini dan berjaya menemui beratus-ratus mesej tersembunyi di dalam peti masuk yang terdapat pada aplikasi mesej Facebook.
Peti masuk atau ‘inbox’ tersebut boleh diakses melalui web atau aplikasi Facebook Messenger yang terdapat pada telefon pintar dan tablet.
Ia sebenarnya adalah sebahagian daripada sistem penapisan Facebook, yang direka untuk menangkap spam dan mesej yang tidak dikehendaki .
Walau bagaimanapun, ramai pengguna Facebook telah menemui mesej yang telah “ditapis” dari memasuki inbox utama atau applikasi Messenger, lapor portal Guardian.
Berikut 5 langkah mudah itu:
Pertama anda perlu masuk ke aplikasi Facebook Messenger yang terdapat di telefon pintar anda.
Kemudian pilih Settings.
Setelah masuk ke Setting, anda perlu pilih People.
Kemudian anda akan nampak Message Request. Klik pada bahagian tersebut
Akhir sekali klik pada See filtered request dan ia selesai.
Selamat mencuba, jangan lupa kongsi kepada kawan-kawan yang lain yang masih lagi tidak mengetahui akan kaedah rahsia ini. -MYNEWSHUB.CC