Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Rohingya: Tentera Myanmar Cuba...

YANGON - Kumpulan hak asasi menganggap langkah tentera Myanmar menyangkal tuduhan bertindak kejam...

Tokoh Politik India Akhirnya...

SEORANG tokoh politik terkenal di India, kini berdepan hukuman penjara 10 tahun selepas...

Sesi Bertumbuk Ahli Parlimen...

ISTANBUL – Parlimen Turki menjadi huru-hara sekali lagi kelmarin selepas ahli Dewan bertumbuk...

Kenyataan Kit Siang Keruhkan...

1. Pemimpin DAP, Lim Kit Siang mengeluarkan kenyataan menyokong saranan penulis Anas Zubedy...

5 Terkorban Nahas Helikopter Di Smoky Mountains

SEVIERVILLE – Lima terbunuh apabila helikopter pelancong yang dinaiki mereka terhempas berhampiran Taman Negara Great Smoky Mountains di selatan Tennessee pada Isnin.

Nahas membabitkan helikopter Bell 206 itu dilaporkan berlaku kira-kira jam 3.30 petang berhampiran Sevierville, kata jurucakap Pentadbiran Penerbangan Persekutuan, Kathleen Bergen.

Beliau berkata dalam emel bahawa pesawat berkenaan musnah dalam kebakaran.

Empat jam selepas nahas, lebih 12 kenderaan bomba berada di lokasi, yang tidak sampai satu kilometer dari pusat beli belah utama di Servierville.

Asap menyelubungi kawasan berkenaan.


Jabatan Bomba Pigeon Forge berkata, ia turut menghantar anggota ke lokasi kejadian.

Persatuan Pengurusan Kecemasan Tennessee, Dean Flener, mengesahkan tengah hari Isnin lima maut dalam nahas itu.

Flener berkata, tiada rumah rosak dan tiada siapa di darat yang cedera apabila helikopter itu terhempas. – AP/BH ONLINE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori