Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

30 Nelayan Asing Ditahan...

TUMPAT - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor menahan 30 nelayan...

Akademik Bolasepak JDT Berkeluasan...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) memaklumkan pembinaan Akademi Bolasepak Johor...

Loji Nuklear Terbesar Eropah...

ENERGODAR : Satu kebakaran dilaporkan berlaku di loji nuklear terbesar Eropah di bandar...

Kes Cedera Main Alat...

WASHINGTON – Filem romantik erotik terkenal, Fifty Shades of Grey bukan sahaja menyebabkan ramai...

5 Tradisi Perkahwinan Yang Menjadi Kemestian

MAJLIS perkahwinan sering diserikan dengan tema dan pilihan dekorasi yang ditentukan oleh pengantin dan keluarga terdekat untuk memastikan hari bersejarah itu menjadi kenangan terindah seumur hidup.

Biasanya, macam-macam persiapan akan dilakukan untuk memastikan segalanya berjalan dengan lancar dan menjadi yang terbaik. Tema perkahwinan merupakan satu elemen penting yang akan menjadi titik berat bagi setiap majlis.

Terdapat juga nilai tradisi yang akan dikekalkan dalam setiap majlis perkahwinan, tidak mengira darjat atau harta kekayaan pasangan pengantin.

Kami kongsikan 5 tradisi perkahwinan Melayu yang mesti ada dalam setiap majllis perkahwinan. Kalau bukan semuanya menjadi pilihan, pasti terselit satu atau dua yang menjadi kemestian.

1- Bunga Telur

Selalunya majlis kahwin menyediakan door gift untuk tetamu dan sekarang ini meriah dengan pemberian mug, muffin, kekacang dan sebagainya. Tetapi, secara tradisi, pengantin selalu memberikan bunga telur. Dan tahukah anda, telur yang diberi itu juga melambangkan kesuburan.

2- Songket

Sekarang makin ramai pasangan yang memilih untuk menggayakan persalinan songket di majlis resepsi mereka. Songket bukan sahaja membantu pengantin kelihatan cantik dan segak, malah benar-benar menaikkan feel sebagai raja sehari. Dengan sentuhan moden pereka, kini songket juga menjadi pilihan bagi pasangan muda yang akan mendirikan rumahtangga.

3- Kompang


Paluan kompang tidak asing lagi dengan majlis perkahwinan dan jarang kehadiran pengantin tidak disambut dengan paluan kompang. Zaman sekarang, ada juga yang menggabungkan paluan kompang dengan elemen muzik lain untuk membuatnya kedengaran lebih unik dan menarik.

4- Nasi Minyak

Bagi yang suka menghadiri majlis perkahwinan, nasi minyak adalan salah satu menu yang sentiasa dialu-alukan dengan gembira. Nasi minyak jarang ada dijual di kedai seperti nasi briyani, nasi dagang dan sebagainya. Jadi nasi minyak ini special sedikit berbanding yang lain.

5- Lagu Kahwin Zaman Dahulu

Cara paling senang nak naikkan feel majlis perkahwinan. Walaupun pengantin sekarang gemar memasang lagu romantis, tetapi mesti ada terselit beberapa buah lagu zaman dahulu. Baru lah kick! -MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori