Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Najib Minta MP DAP...

DIDAKWA sengaja mencari alasan untuk melengah-lengahkan perbicaraannya, Najib Razak hari ini meminta anggota...

Covid-19 (11 Julai): 3,264...

Sebanyak 3,264 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,595,974.Ikuti Mynewshub: TelegramJumlah...

UMNO: Sikap Biadab Pihak...

KUALA LUMPUR - Isu kebiadaban dan perbuatan menghina pemimpin dan negara sejak kebelakangan...

Mesyuarat AMMTC Memasuki Hari...

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan (AMMTC) dan mesyuarat...

65 Warga Asing Ditahan Dalam Op Noda Di Kuantan

KUANTAN – Seramai 65 warga asing ditahan dalam Op Noda di sekitar Jalan Pasar, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata daripada 101 individu yang diperiksa dalam operasi bermula dari pukul 2 hingga 6 petang itu, 65 individu yang berumur dalam lingkungan 40-an ditahan.

“Seramai 63 warga asing terdiri daripada warga Bangladesh, India, Indonesia dan Myanmar ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c) serta Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959 kerana tiada dokumen perjalanan yang sah atau tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan.

“Dua lagi warga asing iaitu seorang wanita Indonesia dan seorang lelaki Myanmar ditahan mengikut Seksyen 372 (b) Kanun Keseksaan kerana disyaki melakukan aktiviti persundalan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.


Selain itu, beliau berkata polis turut menahan dua lelaki tempatan mengikut Seksyen 25(1)(c) kerana gagal mengemukakan kad pengenalan.

Abdul Aziz berkata selain polis, operasi itu turut melibatkan Jabatan Imigresen dan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK). – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori