Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

PRN Sabah: PN, BN...

TAWAU - Di sebalik kekangan berkempen dalam normal baharu, calon Barisan Nasional (BN)...

Pemandu Treler Sebabkan 5...

KUALA KANGSAR - Pemandu treler yang merempuh sebuah kereta sehingga mengakibatkan lima orang...

Video: “Kurang Ajar Punya...

SEORANG warga emas menjadi 'musuh no.1' di China selepas rakaman video memaparkan aksi...

Virus Zika: Tiada Larangan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan tidak mengeluarkan sebarang larangan bagi rakyat Malaysia untuk...

Abu Bakar Dipindah Ke Penjara Kawalan Maksimum

Jakarta – Seorang ulama radikal yang dipercayai perancangan serangan bom Bali 2002 dipindah ke sebuah penjara kawalan maksimum berhampiran Jakarta semalam atas faktor keselamatan, kata pegawai.

Abu Bakar Bashir, 77, yang memimpin kumpulan militan Jemaah Islamiah (JI) dihukum penjara 15 tahun pada 2011 kerana menyokong kumpulan pengganas.

Walaupun berada di penjara, pihak berkuasa bimbang Abu Bakar masih mempunyai pengaruh terhadap rangkaian pengganas berkenaan.

Jurucakap kementerian hal ehwal keselamatan, Agus Barnas berkata, Abu Bakar dipindahkan ke penjara kawalan maksimum Gunung Sindur di Bogor dari penjara Nusakambangan di Jawa Tengah.

Langkah itu menunjukkan kerajaan kini lebih serius menguruskan kawalan di penjara negara itu yang dikenali sebagai tempat merekrut militan.

Serangan di Jakarta pada Junuari lalu dipercayai dilakukan oleh penyerang yang dipengaruhi pemimpin pengganas di penjara.


Kelemahan sistem penjara, kekurangan pengawal dan rasuah menyebabkan banduan boleh menyebarkan fahaman mereka melalui emel dan telefon.

“Sebelum ini Bashir bebas menyebarkan ajarannya melalui pelawat atau juga telefon.

“Kami ada undang-undang tetapi ia tidak dikuatkuasakan,” kata Agus. – Reuters/myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori