Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Keberkesanan Vaksin Sinovac China...

KUALA LUMPUR - Kadar keberkesanan vaksin Sinovac keluaran China hanya akan diketahui menerusi...

Fama Pulau Pinang Sasar...

BUTTERWORTH - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Pulau Pinang menyasarkan nilai jualan biskut...

Najib, Zahid Ziarah Jenazah...

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menziarahi jenazah Anggota...

Sistem MaNIS Kini Pusat...

PUTRAJAYA - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) hari ini melancarkan Sistem...

Abu Zahar Ingatkan Senator Jaga Tingkah Laku

KUALA LUMPUR – Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang mahu memastikan kemuliaan dewan itu terus dihormati sebelum beliau menamatkan perkhidmatannya pada 25 April ini.

Menjelang persidangan Dewan Negara minggu depan yang akan dipengerusikannya buat kali terakhir, beliau mengingatkan kesemua anggota Dewan Negara bahawa beliau tidak akan bertolak ansur dengan tingkah laku yang tidak boleh dikawal.

Menurutnya semua senator diberi peluang yang adil untuk menyoal dan berbahas mengenai sebarang isu dan mereka haruslah berbuat demikian dengan mematuhi Peraturan Mesyuarat dan Perlembagaan negara.

“Saya berpegang teguh kepada prinsip-prinsip tersebut. Kalau datang Dewan bercakap tak tentu arah, buang masa, (saya) halau keluar.

“Tiada tempat untuk orang sebegitu. Yang benar tetap benar, yang salah tetap salah, itulah pendirian saya,” katanya kepada pemberita di bangunan Parliamen di sini, hari ini.

Dewan Negara akan bersidang selama 11 hari bermula 18 April ini.


Terdahulu, Abu Zahar menerima kunjungan hormat Duta Kuwait ke Malaysia Saad Abdullah Saleh Al Asousi.

Semasa kunjungan itu, duta berkenaan menyampaikan surat jemputan Speaker Dewan Kebangsaan Kuwait yang mempelawa Abu Zahar melawat negara itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori