Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Tetap Merbahaya! Mufti Isytihar...

TREND menghisap e-rokok atau lebih dikenali sebagai vapor yang kini melanda Malaysia diisytiharkan...

8 Perompak Barang Kemas...

PARIS – Lapan lelaki yang terbabit dalam kes rompakan sebuah kedai barangan kemas...

Pasangan Suami Isteri Lakukan...

TIDAK senonoh dan menjijikkan apabila seorang wanita yang sedang mengandung dan suaminya tidak...

Bawa Pulang Piala Suzuki...

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menasihati pemain skuad Harimau...

Adenan Umum 11 Lagi Calon BN Sarawak, Termasuk Tiga Calon Langsung

KUCHING – Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem hari ini mengumumkan sembilan lagi calon Barisan Nasional (BN), termasuk tiga calon langsung yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri ke-11 (PRN-11) Sarawak.

Mereka adalah lapan calon dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Idris Buang (Muara Tuang), Awla Dris (Simunjan), Shafiee Ahmad (Daro), Datuk Dr Juanda Jaya (Jemoreng), Mohd Chee Kadir (Kabong), Jefferson Jamit Unyat (Bukit Goram), Datuk Abdul Wahab Aziz (Kalaka) dan Datuk Ambrose Blikau (Katibas).

Kerusi Kabong dan Bukit Goram adalah dua daripada 11 kerusi baharu dalam pilihan raya negeri ini.

Tiga lagi calon langsung ialah Miro Simuh (Serembu), John Ilus (Bukit Semuja) dan Gerawat Jala (Mulu).

Adenan yang juga Pengerusi BN Sarawak dan juga Presiden PBB berkata setakat ini kesemua bakal calon untuk 40 kerusi yang akan ditandingi PBB telah diumumkan.


“Setakat ini, kita sudah umumkan nama calon hampir untuk 70 kerusi,” katanya pada satu sidang media di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia di sini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori