Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

SKMM Keluarkan Garis Panduan...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengeluarkan garis panduan peringatan...

Kemenangan BN Pada PRK...

ROMPIN - Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin...

Mahathir Boleh Lantik Anwar...

PERDANA Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad boleh membawa Datuk Seri Anwar Ibrahim ke...

PRU14: 8,253 Pusat Mengundi...

KUALA LUMPUR - Proses pengundian bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bermula hari...

Agong Rasmi Hotel Pertama Berkonsepkan Patuh Syariah

LANGKAWI – Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah pada Khamis berkenan merasmikan Adya Hotel Langkawi, sebuah hotel pertama berkonsepkan mematuhi syariah di pulau peranginan terkenal ini.

Dimiliki sepenuhnya oleh Permodalan Kedah Berhad (PKB), anak syarikat kerajaan negeri dan diuruskan PKB Management and Services Sdn. Bhd., hotel bertaraf empat bintang itu mula beroperasi 15 Januari tahun lalu.

Menyediakan sebanyak 207 bilik pelbagai jenis, ia turut dilengkapi dengan kemudahan kolam renang berasingan untuk golongan lelaki dan wanita, selain restoran, gimnasium, spa, dewan mesyuarat dan sebagainya.

Sejak beroperasi, hotel itu telah memenangi Anugerah Pelancongan Antarabangsa Langkawi 2015 dalam kategori hotel empat bintang dan Guest Review Award for Excellence Service 2015 anjuran portal Booking.com.

Malah ia meraih Islamic Quality Standard Rating daripada Universal Crescent Standard Centre Malaysia, Excellent Guest Review Score 2016 oleh Hotels.com dan Hotel Pilihan kategori empat bintang 2015 oleh Tripadvisor.com.

Ahli-ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah; selain Raja Di Hilir Perak, Raja Datuk Seri Iskandar Dzulkarnain dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah adalah antara kenamaan yang hadir.

adya

Sementara itu, Ahmad Bashah dalam ucapannya berkata pembangunan Adya Hotel Langkawi merupakan usaha pihak kerajaan negeri untuk meningkatkan lagi jumlah bilik penginapan di sini khasnya ketika musim cuti.


Menurutnya, Langkawi masih memerlukan sekurang-kurangnya 10,000 buah bilik penginapan untuk memenuhi keperluan pelancong yang semakin meningkat terutama ketika perayaan dan acara besar berlangsung.

Katanya lagi, Adya Hotel Langkawi yang memperoleh pengiktirafan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada November tahun lepas turut telah mendapat sambutan hangat ramai pelancong.

Menurut Ahmad Bashah, sehingga 31 Mac lepas, sebanyak 133,802 orang menginap di hotel itu yang terletak di Persiaran Mutiara 2, Mukim Kuah kira-kira 20 kilometer dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

“Purata kadar penginapan Adya Hotel pada keseluruhannya adalah 72 peratus… tetamu yang datang dari seluruh dunia dengan peratusan tertinggi dari China, Timur Tengah dan Eropah,” katanya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori