Thursday, January 30, 2025

Creating liberating content

GPS Pertaruh 24 Muka...

KUCHING: Sebanyak 24 muka baharu ditampilkan Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi berentap pada...

Najib Yakin Melayu Jadi...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkeyakinan bahawa bangsa Melayu...

Kes Saman Selesai, NSTP...

KUALA LUMPUR - Kes saman fitnah difailkan Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad...

“Mak, Adik Rindu Sangat...

TERSEBAR menerusi laman sosial sebuah posting viral daripada pengguna Facebook Atien Farhana, berkenaan...

Agong Titah Pertahan Institusi Kesultanan Kedah

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah bertitah supaya setiap Ahli Jemaah Dato-Dato Negeri Kedah menjaga dan mempertahankan institusi kesultanan negeri itu.

Baginda bertitah, institusi Kesultanan Kedah yang telah wujud sejak tahun 1136 adalah warisan bangsa turun-temurun yang harus dibangga dan dipertahankan setiap rakyat Kedah.

“Kebelakangan ini berlaku pula tindakan sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab mengaku diri sebagai Sultan dan menganugerahkan bintang kebesaran palsu.

Perkara karut seperti ini hendaklah dihentikan dengan segera kerana sekiranya dibiarkan akan mencemarkan institusi kesultanan yang sah dan berdaulat di negara Malaysia yang tercinta ini,” titah baginda pada Majlis Jamuan Jemaah Dato-Dato Negeri Kedah di Istana Negara malam Sabtu.

Turut berangkat ke majlis itu Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah.


Antara yang hadir Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Dalam titahnya, Tuanku Abdul Halim juga menaruh harapan tinggi kepada kerajaan negeri Kedah di bawah kepimpinan Ahmad Bashah untuk terus membawa kemajuan kepada negeri itu.

Baginda bertitah bahawa dengan hubungan erat yang terjalin antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri itu, Kedah akan maju seiring dengan negeri-negeri lain ke arah Malaysia sebagai negara maju menjelang 2020. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Agong

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori