MENJELANG debat perdana antara Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, tiba-tiba satu pendedahan ‘meletup’ disiarkan oleh akhbar berbahasa Cina.
Laporan eksklusif Nanyang Siang Pau pada Jumaat bakal menyaksikanĆāĆĀ apa lagi dalih ‘tai chi’ Guan Eng selepas ia diakui sendiri tauke Kuala Lumpur International Dental Centre (KLIDC), Datuk Tang Yong Chew.
Ahli perniagaan tersebut secara terbuka mengakui bahawa pemilik asal banglo ‘murah’ di Jalan Pinhorn, George Town yang dijual kepada Guan Eng iaitu Phang Li Khang merupakan bekas kakitangan dan kini rakan niaganya.
ĆĀ¢Ć¢āĀ¬Ć āKami mempunyai hubungan kerja lebih daripada 20 tahun bermula sebagai pekerja biasa sahaja dan kemudian meningkat sehinga menjadi rakan kongsi perniagaan,” jelas Yong Chew kepada harian kaum Tionghua itu.
Lebih menarik, beliau kemudian memberikan Phang Li Koon sebanyak 30 peratus kepentingan saham manakala beliau sendiri memegang 70 peratus saham bagi sebuah syarikat yang ditubuhkan di Pulau Pinang.
Yong Chew menerangkan bahawa Li Koon dipilihnya sebagai individu yang boleh dipercayai bertanggungjawab penuh dalam menjaga kepentingan perniagaan beliau sendiri di Pulau Pinang selama ini.
Kenyataan tokoh korporat itu sekali gus memberikan tamparan hebat kepada Guan Eng yang selama ini mendakwa konon wanita tersebut tidak mempunyai sebarang urus niaga dengan pihak kerajaan negeri.
KLIDC, tersepit di tengah-tengah skandal kerana menguasai tanah Taman Manggis yang dibeli daripada kerajaan negeri dengan harga RM11.6 juga pada 2012, yang kemudian didakwa mahu menjualnya dengan harga lebih tinggi.
Abdul Rahman pada Isnin mendedahkan perjanjian jualan saham menunjukkan KLIDC dijual sebanyak RM18.6 juta kepada pembeli tidak dinamakan dan ia turut bermakna jualan tanah Taman Manggis secara tidak langsung.
Kerajaan negeri tegas Guan Eng bagaimanapun berulang kali berdolak-dalik dengan menegaskan bahawa tanah kosong milik Taman Manggis itu konon tidak pernah dijual kembali atau bertukar tangan kepada pihak ketiga.
Yong Chew yang merupakan pemegang saham majoriti KLIDC malahan mengakui kewujudan perjanjian jualan saham itu tetapi berdalih dengan berkata rundingan tersebut tidak menjadi kenyataan.
Katanya, tahun lalu, sebuah kumpulan daripada Amerika Syarikat telah menyatakan minat untuk melabur dalam pusat perubatan yang dirancang di Taman Manggi danĆāĆĀ membawa kepada pembentukan syarikat usaha sama bagi mendapatkan pembiayaan bank.
ĆĀ¢Ć¢āĀ¬Ć āOleh kerana permohonan kewangan memerlukan beberapa dokumentasi undang-undang, kami tandatangan perjanjian jualan saham, yang didedahkan baru-baru ini, membawa kepada dakwaan KLIDC mahu menjual tanah Taman Manggis untuk mendapatkan keuntungan,ĆĀ¢Ć¢āĀ¬ĆĀ katanya.
Bagaimanapun, kata Yong Chew, rancangan itu tidak berjalan lancar dan usaha sama itu habis begitu sahaja. Beliau menegaskan bahawa tanah Taman Manggis masih lagi milik penuh KLIDC.
Abdul Rahman yang merupakan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan bakal berdebat secara langsung dengan Guan Eng mengenai isu Taman Manggis dalam masa terdekat.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkata, debat tersebut dijangka membolehkan rakyat Pulau Pinang mengetahui fakta dan kebenaran mengenai skandal penjualan Taman Manggis.
Guan Eng sejam selepas itu kemudiannya memberi reaksi danĆāĆĀ memberitahu Abdul Rahman supaya menghubungi Ahli Parlimen Seremban,ĆāĆĀ Anthony Loke yang diamanahkan untuk menguruskan acara debat itu nanti.
Terlebih dahulu, Guan Eng menyatakan kesediaannya untuk berdebat dengan Abdul Rahman sekalipun akan diadakan secara terbuka dan disiarkan dalam televisyen.
Bagaimanapun difahamkan pihak Guan Eng membuat syarat sendiri iaitu tidak mahu debat tersebut turut menyentuh isu banglo murah yang dibelinya dan ada kaitan dengan isu Taman Manggis.
Butiran terperinci mengenai debat tersebut masih lagi dirunding antara pegawai Abdul Rahman dan pegawai Guan Eng. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA