Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Kedai Pengurup Wang Rugi...

IPOH - Sebuah kedai pengurup wang di Jalan Mustafa Al Bakri kerugian kira-kira...

Kempen ‘Mega Mydaftar’ Terima...

PUTRAJAYA - Kempen 'Mega Mydaftar', bagi membantu setiap rakyat berketurunan India yang tidak...

Tiada Bukti Virus COVID-19...

BEIJING - Pasukan pakar Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sangsi terhadap khabar angin mengenai...

Malaysia Akan Wujud Pusat...

KUALA LUMPUR - Malaysia akan mewujudkan Pusat Serantau Digital Memerangi Mesej Melalui Komunikasi...

Aidil Zafuan Diperintah Bayar Nafkah Tertunggak RM68,530

PEMAIN bola sepak kebangsaan Mohammad Aidil Zafuan Abd Razak, 29, menerima perintah Mahkamah Tinggi Syariah supaya membayar nafkah tertunggak berjumlah RM68,530 kepada bekas isterinya Rita Rudaini Mokhtar, hari ini.

Aidil Zafuan juga diperintahkan oleh hakim Mawardi Che Man untuk membayar kos guaman yang telah ditanggung oleh Rita sepanjang prosiding perbicaraan kes berkenaan.

Aidil yang hadir ke mahkamah bersama peguamnya Rushdan Sujak dikehendaki menjelaskan kedua-dua bayaran tersebut dalam tempoh 45 hari bermula hari ini.

Tuntutan tersebut telah difailkan pada 14 Disember 2013.


Rita sebelum ini turut memfailkan tuntutan mutaah sebanyak RM300,000 dari bekas suaminya itu pada 7 Julai 2014 mengikut Seksyen 58 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Bagi tuntutan tersebut, mahkamah telah memerintahkan Aidil untuk membayar RM30,000 kepada Rita pada Oktober tahun lalu. -MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori