ALOR SETAR – Paras air di tiga empangan utama di Kedah yang diselia Lembaga Kemajuan Wilayah Muda (MADA) masih mencukupi dan berada pada paras selamat.
Timbalan Pengurus Besar MADA (Teknikal) Datuk Ir Hor Tek Lip berkata, paras air di Empangan Pedu mencatatkan bacaan 65.44 peratus, Empangan Ahning (74.27 peratus) manakala Empangan Muda 39.03 peratus.
“Tiada masalah dengan pelepasan air malah ia juga mencukupi untuk kegunaan penamanan padi sehingga Ogos ini,” katanya ketika dihubungi Bernama. – BERNAMA