KUALA LUMPUR – AirAsia menawarkan tambang termasuk semua dari serendah RM39 sehala termasuk cukai ke Pulau Pinang, Johor Baharu, Alor Setar, Terengganu dan Kota Bharu semasa promosi seminggu bermula esok.
Syarikat penerbangan tambang rendah itu turut menawarkan tambang bermula dari RM99 sehala termasuk cukai hanya bagi destinasi antarabangsa seperti Siem Reap, Pattaya dan banyak lagi.
“Tempoh perjalanan bagi promosi ini ialah dari 1 Okt, 2016 hingga 22 Mei 2017 dan boleh didapati di applikasi mudah alih AirAsia di peranti iPhone dan Android serta laman mobile.airasia.com,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Semasa tempoh promosi seminggu ini, anggota AirAsia BIG boleh meraih mata BIG Points berganda ketika menempah tiket promosi mereka di airasia.com, katanya.
“AirAsia menawarkan perkhidmatan ke lebih 100 destinasi di 22 negara dan dengan tambang promosi sepanjang seminggu ini, kami pasti lebih ramai akan menikmati rancangan perjalanan terbaik,” katanya. – BERNAMA