Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

PM Lancar Jelajah Pendidikan...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan konvoi...

Guna Saluran Diplomatik Selesaikan...

KUALA LUMPUR - Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggesa kerajaan menggunakan...

Siasatan Kes Video Intim...

KUALA LUMPUR - Polis masih menyiasat kes membabitkan video intim melibatkan bekas Ketua...

Sindiket Penipuan Tawar Penjualan...

Kuala Lumpur : Menawarkan baucar di aplikasi dalam talian yang boleh digunakan bagi...

Aksi Mawar Fareeda Ketika Pelanggan Berebut Undang Kritikan

KONTROVERSI yang tercetus berikutan video yang dimuatnaik di Facebook Fareeda baru-baru ini mendapat perhatian banyak pihak.

Selain para pengguna yang mempertikaikan sistem tidak cekap sehingga lelaki perempuan berasak-asak, beberapa pihak turut memberikan pandangan dari sudut agama.

Antaranya Wardina yang menegur pemilik butik kerana membiarkan keadaan ini berlaku sedangkan dia berada di tempat kejadian seterusnya menyarankan supaya sistem yang ada diperbaiki pada masa akan datang agar kejadian tidak berulang.

Wardina Tegur Usahawan Tudung Layan Pelanggan Macam Lembu

Selain itu Da’i Wan dari Program Da’i TV turut dilaporkan memberi teguran kepada Mawar, “Mekap melebih, tudung tidak labuh dan baju glamour melambangkan status dan kekayaan.”

Rata-rata berpendapat, nama Mawar terpalit sama dalam kontroversi kali ini kerana beliau turut berada dalam salah satu rakaman yang dimuat naik di Facebook Fareeda ketika kejadian tolak menolak pelanggannya berlaku.

Dalam rakaman tersebut gelagat Mawar yang memegang kepalanya dan meluahkan perasaan terkejut campur seronok melihat orang ramai berpusu-pusu merebut nombor giliran boleh dikatakan berbaur angkuh dan tidak patut.

BACA: Video: Berebut Beli Tudung, Dahsyatnya Lelaki Pun Turut Serta

Ramai yang mempersoalkan sebagai seorang wanita yang bertudung dan membawa imej muslimah maka kelakuan tersebut adalah tidak manis dan buat ramai yang tertanya-tanya, “Tak rasa bersalah ke buat macam tu?”.

Mungkin Mawar mahu meluahkan espresi bangga dengan penerimaan orang ramai terhadap koleksi tudungnya, namun gaya yang dipamerkan agak tidak bertepatan.


Muka poyo Fizo Omar juga tidak membantu.

Reaksi itu antara yang paling mendapat kecaman dan perhatian banyak pihak.

tobat

Hingga kini pihak tudung Fareeda mahupun Mawar belum memberikan apa-apa komen tentang isu video berkenaan malah rakaman yang menerima pelbagai kritikan itu masih boleh ditonton di Facebook mereka. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori