Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Nafkah Anak, Bekas Suami...

PETALING JAYA - Pengarah drama, Azmi Hatta diperintahkan membayar nafkah sebanyak RM1,500 sebulan...

Lelaki Myanmar Maut Ditetak...

NIBONG TEBAL - Seorang lelaki warga Myanmar dijumpai mati dengan kesan tetakan di...

126 Kematian Covid-19, Rekod...

KUALA LUMPUR - Kematian akibat Covid-19 merekodkan jumlah tertinggi hari ini iaitu 126...

Prosiding 1MDB Tangguh Lagi,...

KUALA LUMPUR - Perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram dana 1Malaysia Developement...

Akta Suruhanjaya Koperasi 2007 Akan Ditambahbaik

KUALA LUMPUR – Akta Suruhanjaya Koperasi 2007 akan‎ ditambahbaik bagi memudahkan penyertaan mereka yang berhasrat menganggotainya selain merancakkan lagi peranan serta sumbangan sektor berkenaan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, kerajaan kini dalam proses meneliti aspek‎ penambahbaikan itu yang dijangka selesai pada akhir tahun ini.

Menurutnya, ia antara lainnya bertujuan memudahkan penubuhan koperasi baharu selain pemberian pinjaman dana kepada koperasi sedia ada bagi mengembangkan perniagaan mereka.

“Kita akan kaji sama ada wujud beberapa perundangan dalam akta itu yang boleh kita sesuaikan bagi kemudahan mereka yang mahu berniaga menerusi koperasi.

“Pada masa sama, kita juga mahu melihat penglibatan agensi lain seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Bank Rakyat 2016 di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Bank Rakyat Tan Sri Abdul Aziz Zainal dan Timbalan Pengerusi Eksekutif SSM Hawa Mohamed Salleh.


Akta yang turut dikenali sebagai Akta 502, dipinda kali terakhir pada 2007.

Mengulas lanjut, Hamzah berkata langkah penambahbaikan itu juga dapat membantu sektor koperasi menjadi penyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Sehubungan itu, kerajaan tidak akan mengekang sebarang bantuan kepada sektor koperasi bagi membantu mempercepatkan pertumbuhan dan perniagaannya.

Terdahulu, dalam ucapan perasmiannya, Hamzah berkata langkah penambahbaikan itu akan melahirkan lebih banyak badan-badan koperasi yang berjaya seperti Bank Rakyat selain menjana percambahan idea baharu.

“Kami juga mahu 12,000 badan koperasi sedia ada agar lebih berinovatif untuk manfaat semua pihak termasuk tiga juta anggotanya,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori