Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Netizen Kecam Jenaka Keterlaluan...

KUALA LUMPUR : Seorang pelawak wanita kelahiran Singapura, disifatkan bertindak keterlaluan ketika memperlekehkan...

Pendidikan Asas Penting Melahirkan...

TANJUNG MALIM - Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata...

‘The Sherry Show’ Impian...

BERMULA dengan lakonan dalam drama Sutun 2, kini nama Sherry Alhadad terkenal dengan...

Ram Karpal Kena Sekolah...

SEPERTI yang diketahui, rakyat Pulau Pinang tatkala ini sedang ditimpa musibah yang amat...

Lima Sebab Mengapa Date Dengan Wanita Pendek Awesome!

WANITA tinggi lampai persis model antarabangsa mungkin menjadi idaman kebanyakan lelaki. Namun, ramai tidak tahu bahawa wanita kecil molek juga sememangnya ada tarikan mereka yang tersendiri.

Bak kata orang, kecil-kecil cili padi; dia mungkin ‘bersaiz poket’ tetapi tetap hangat!

Selain daripada comel, ada banyak kelebihan lagi andai bercinta dengan perempuan rendah ni sebenarnya. Berikut 5 sebab mengapa jejaka di seluruh pelosok Malaya harus merasa bertuah sekiranya mempunyai pasangan yang petite:

1. Perangsang Ego

superthumb

Wanita rendah sebenarnya sangat bergantung harap kepada pasangan yang tinggi dan menganggap mereka sebagai ‘penyelamat’. Bukan apa, dia tak perlu lagi terjengket-jengket untuk mencapai sesuatu kerana ada ‘pembantu’ yang sentiasa bersedia untuk capaikan untuknya!

Ini sebenarnya sangat bagus untuk merangsangkan ego lelaki kerana mereka akan merasakan diri mereka diperlukan dan penting.

2. Senang Peluk

aid868356-728px-Hug-Your-Boyfriend_Girlfriend-for-the-First-Time-Step-8

 

Mempunyai pasangan yang kecil molek memang syok kerana dia akan sentiasa rasa dilindungi dan selamat di sisi anda. Dada atau bahu dijadikan tempat bermanja dan anda pula secara automatik berasa seperti lelaki paling berkuasa dan ‘macho’ sekali pada pandangan matanya. Best kan? Lelaki gay je yang cakap tak best ok!

3. Jimat!

1

Ini mungkin pendapat kurang popular, tetapi ramai lelaki mengaku bahawa keluar dating wanita petite ni menjimatkan wang poket kerana perut mereka juga bersaiz comel!

Selalunya apabila makan di luar pasti berkongsi sepinggan dua orang, kan tak bazir duit tu? Ada duit lebih bolehlah pergi tengok lampu di iCity Shah Alam atau tonton wayang. Berbaloi-baloi sangat!


4. Senang Dukung

1003-9

Bersesuaian dengan tingginya, wanita bertubuh rendah sudah tentu lebih ringan berat badannya.

Lelaki yang lebih tinggi berbanding isteri selalu suka menyakat pasangannya dengan mengacah-acah dukung dan sebagainya. Ya lah, perempuan kan kanak-kanak yang tidak pernah membesar, jadi wanita mana yang tidak rasa istimewa apabila dilayan sebegitu? Pasti dia akan sayang anda lebih selepas ini. Win-win situation!

5. Gaduh-Gaduh Manja

boyfriend

 

Tak dinafikan, perempuan zaman sekarang lebih berani mengekspresikan kemarahan mereka secara fizikal. Bayangkan jika teman wanita anda bersaiz ahli gusti WWE, Chyna. Tak ke naya tu!

Dengan wanita yang petite, perselisihan faham antara anda berdua pasti lebih ‘manis’ dan kelakar apabila dia cuba tunjuk kuat dengan memukul-mukul tubuh anda kerana terlalu marah. Ingat sakit sangat lah tu?

Apa-apa yang dilakukan oleh perempuan kecil molek ini memang dipandang comel sentiasa, sejuk je hati. Jadi apa tunggu lagi, praktikkan artikel apresiasi terhadap wanita comel ini sekarang juga!-MYNEWSHUB.CC

 

 

  • Lagi berita berkaitan:
  • lawak

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori