Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pengumuman Khas Kerajaan Melaka...

MELAKA - Satu pengumuman khas oleh kerajaan negeri dijangka diadakan petang ini. Sumber Istana...

USS John S. McCain:...

KLUANG - Operasi mencari dan menyelamat kru kapal pemusnah Amerika Syarikat USS John...

Wow! Alicia Amin Tayang...

SEBELUM ini, nama model dan pelakon Alicia Amin hangat dikecam apabila gambar bogelnya...

Skuad Hoki Muda Negara...

JOHOR BAHRU - Skuad Projek 2016 negara terus menanggung derita apabila tewas kepada...

AMK PKR Enggan Tarik Balik Doa Laknat Atas Tun Mahathir

TENTU ramai masih ingat lagi mengenai doa laknat yang dibacakan langsung oleh pemimpin terkenal PKR, Dr. Badrulamin Bahron ketika menutup Himpunan Bantah GST di ibu negara pada Sabtu minggu lalu.

Doa laknat itu sebenarnya memang ditujukan khas kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan ia juga khas daripada pihak keluarga bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Banduan kes liwat itu dahulunya pernah menjadi mangsa kekejaman rejim diktator Mahathir sehingga terpaksa ‘dihumban masuk’ ke dalam penjara Sungai Buloh pada 1999 lalu juga atas dakwaan liwat.

Ini menyebabkan Badrulamin yang popular disebut sebagai Ustaz PKR ini tergamak membacakan doa laknat terhadap Mahathir untuk menerima balik balasan atas kezalimannya dahulu ke atas Anwar.

Untuk rekod, sebelum ini, Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli mendesak supaya permohonan maaf dilakukan oleh Badrulamin atas ‘kejahilannya’ konon membacakan doa laknat lantas memalukan Mahathir sendiri.

Desakan itu menimbulkan persoalan dan mungkin juga menjadi bahan jenaka kerana selama ini pembangkang sering kata bekerjasama dengan Mahathir tetapi apa pula yang berlaku, minta Mahathir dilaknat.

Gelabah teruk Rafizi apabila Ustaz PKR ini sanggup membacakan doa laknat tersebut, dan terus menyifatkan doa tersebut sebagai satu tindakan yang sengaja diadakan bagi mengaibkan bekas perdana menteri tersebut.

badrul amin

Lucunya, Ketua Biro Pemantapan Agama Angkatan Muda Keadilan (AMK), Wan Ji Wan Hussin menolak keras permintaan Rafizi dan mendakwa bahawa mereka sebulat suara menyokong penuh doa laknat yang dibacakan.


Sedikit pun tiada rasa penyesalan dalam hati, malah tindakan Badrulamin tersebut tidak boleh dipersalahkan kerana dia juga pernah menjadi mangsa kekejaman Mahathir sewaktu 22 tahun menjadi perdana menteri.

“Langkah Rafizi mahu menghukum atau menghina Badrulamin atas tindakan (doa) itu kurang tepat, sebagai mangsa (kezaliman) sudah pasti ia memberi banyak kesan negatif dalam hidupnya sendiri,” kata beliau lagi.

Penegasan Wan Ji enggan meminta maaf menjadikan Rafizi sendiri pula yang perlu menggalas tanggungjawab berat tersebut dan tampil memohon ampun kepada mantan perdana menteri tersebut secara terbuka.

Perkara tersebut dimaklumkan dalam satu kenyataan yang dihantar melalui aplikasi Whatsapp sebelum ini sekali gus mereka mahu rakyat Malaysia sedar bahawa Mahathir memang kejam pun sepanjang pemerintahannya.

Jadi apa salahnya kalau dibacakan doa agar Mahathir dapat balasan yang setimpal. Maklumlah, doa orang yang dianiayai lazimnya diangkat tinggi tanpa hijab dan bukannya boleh dibuat main-main begitu sahaja.

Secara kebetulan pada masa sekarang pun, Mahathir sedang melalui detik-detik ‘kehancuran’ satu persatu hasil balasan daripada kekejamannya ketika berkuasa suatu ketika dahulu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Baca: Protes GST: Wan Azizah, Izzah Elak Jumpa Tun M?

Juga: Himpunan Anti-GST Hambar Cuma 1k Peserta ‘Bodoh

Lagi: Tun Mahathir Hadiri Himpunan ‘Bodoh’ Bantah GST

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori