Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Tikaman Di Perut, Dada...

GEORGETOWN : Bedah siasat ke atas dua beranak yang maut ditikam seorang lelaki di hadapan...

Tak Tahan Asyik Disaman,...

TAIPEI, Taiwan – Seorang lelaki yang merupakan jurutera awam di Taichung, Taiwan menyewa...

Pengguna Tidak Perlu Bimbang...

KOTA KINABALU - Pengguna tidak perlu bimbang untuk membeli ayam yang dijual di...

Tolak Politik Pinggir Quran,...

ALOR SETAR - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggesa ahli parti...

Anak Melayu Jadi Calon DAP Biadap Gelar BN Bodoh

KUCHING – Anak muda Melayu ini baharu sahaja dicalonkan DAP bertanding di kerusi Stakan namun Abdul Aziz Isa mencipta satu lagi kontroversi apabila menyifatkan calon Barisan Nasional (BN) sebagai ayam pencen bodoh.

Mungkin terlalu teruja dapat mewakili parti cauvinis Cina itu dan menarik undi bukan Islam pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini, dia dengan biadap menggelarkan calon parti pemerintah sebagai ‘tunggu masuk kubur’.

Malah dengan nada angkuh, Abdul Aziz mendakwa kononnya BN harus mencontohi DAP yang sanggup memilih calon-calon berusia muda sebagai pembawa watikah mereka pada hari penamaan calon 25 April ini.

Reaksi marah graduan muda itu tercetus berikutan laporan online beberapa akhbar tempatan dan portal pro-BN pada Ahad yang menyifatkan tindakan DAP sengaja meletak ramai calon muda sebagai strategi helah politik.

Ia memetik kenyataan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Razali Ibrahim yang menyifatkan langkah DAP menurunkan Abdul Aziz di Stakan sebagai sandiwara politik untuk meraih sokongan ramai pengundi muda.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, di sebalik usaha DAP itu, BN dan UMNO terlebih dahulu meletakkan calon muda dalam pilihan raya umum (PRU), termasuk 58 orang calon muda pada PRU-13.

Abdul Aziz Isa
Abdul Aziz Isa

Berikutan laporan tersebut, Abdul Aziz menyifatkan akhbar-akhbar berbahasa Melayu dan portal prokerajaan itu sebagai paling bangang dan puaka, serta layak menjadi bacaan hanya untuk golongan orang ‘bodoh’ semata-mata.

“Media itu paling bangang, penuh dengan syaitan dan saya tidak akan bertemu mana-mana wartawan tersebut. Ingat kamu datang Sarawak, saya takutkah,” ugut Abdul Aziz yang berlatarbelakang Universiti Malaysia Sarawak.


Seterusnya Abdul Aziz mencabar media terbabit agar tidak bermain-main dengannya: “You jangan main-main dengan saya. Kalau lawan, lawanlah macam pahlawan. Kalau mahu bertempur, bertempur macam pendekar.”

Abdul Aziz yang juga cicit kepada kakak bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Rahman Yaakub akan mencabar anggota keluarganya sendiri, Datuk Seri Mohd. Ali Mahmud di kerusi baharu, N.17 – Stakan.

Dia yang berusia 26 tahun bakal disaingi oleh calon BN daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud dan calon Parti Dayak Nasional (DNP), Jatan Pangau Abas.

Kerusi tersebut mempunyai kira-kira 14,846 pemilih berdaftar dengan 78.45 peratus adalah pemilih yang berusia di bawah 49 tahun manakala jumlah pengundi awal adalah sekitar 7,058 orang. – Mynewshub.cc/HAA

#PRNSARAWAK

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori