RAJA Bollywood, Shah Rukh Khan mengakui anaknya Aryan yang berusia 19 tahun berasa kurang selesa kerana sering mendapat tumpuan dan publisiti di India sehingga menyebabkan dia terpaksa membuat keputusan menghantar anaknya jauh dari India.
Shah Rukh Khan menghantar Aryan menyambung pelajaran di London kerana mahu anaknya itu menjalani kehidupan biasa seperti remaja lain seusianya.
“Aryan sering menafikan yang dia anak saya kepada mereka yang baharu mengenalinya dan dia terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu menerima layanan berbeza daripada orang lain.
“Dia mahu jadi remaja yang normal seperti remaja lain,” ujar Shah Rukh Khan semasa perlancaran fiem terbaharunya, FAN.
Dia turut mengakui membuat keputusan tersebut kerana tidak mahu memberikan sebarang tekanan kepada anak lelakinya itu.
“Akibat dari tekanan seperti itu saya ambil keputusan menghantarnya bersekolah di London dan selepas ini mungkin menyambung pelajarannya di Amerika Syarikat,” katanya yang menghantar Aryan ke institusi tertua dan terhebat di London, Sevenoaks School. – MYNEWSHUB.CC