Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Najib Bentang RMK-11 Di...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual membentangkan Rancangan...

Pegawai Kanan TLDM Didakwa...

KUALA LUMPUR - Seorang pegawai kanan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dihadapkan ke...

PM Bayangkan Rombakan Kabinet...

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membayangkan bahawa rombakan Kabinet akan...

Pemimpin Militan Daesh Di...

KAHERAH - Militan Daesh mendakwa pemimpin yang mengetuai kumpulan itu di Semenanjung Sinai,...

Anggota Parlimen Agar Berbahas Secara Sederhana, Tidak Beremosi

KUALA LUMPUR – Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini mengingatkan anggota dewan supaya berbahas secara sederhana dan tidak terlalu beremosi bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Beliau memberikan ingatan itu bagi mengelak kejadian yang menimpa anggota Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin yang pengsan sewaktu persidangan Dewan Rakyat, semalam, berulang.

“Saya serius dalam hal ini, hal semalam kita perlu jadikan iktibar kerana sebelum saya menjawat jawatan ini (Yang Dipertua Dewan Rakyat) pada 2008 saya sendiri tidak ada tekanan darah tinggi atau sakit tertentu, tetapi pada 2012 saya terpaksa menghadapi pembedahan.

“Jadi ambil serius kerana kita (anggota Parlimen) memegang tanggungjawab yang cukup besar untuk rakyat, apabila berbahas demi kepentingan rakyat, lakukan secara sederhana dan tidak emosi sehingga jatuh sakit dan tidak dapat menjalankan tugas,” katanya sebelum memulakan sesi perbahasan Rang Undang-Undang Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Khas) (Pindaan) 2015, di persidangan Dewan Rakyat di sini.


Semalam, Mohamed Hanipa dikejarkan ke hospital kira-kira pukul 5.30 petang selepas didapati pengsan sewaktu persidangan Dewan Rakyat ditangguhkan selama 15 minit.

Sebelum itu, Mohamed Hanipa rancak berbahas dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkenaan Rang Undang-undang Syarikat 2015. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori