Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Polis Pasang Pagar Besi...

PUTRAJAYA - Polis memasang pagar besi bagi mengasingkan kumpulan penyokong Penasihat PKR Datuk...

‘Tall Poppy Syndrome’ Punca...

KUALA LUMPUR - Masyarakat Malaysia kini mengalami 'Tall Poppy Syndrome' disebabkan oleh kewujudan...

Tragedi Basikal: Hisyam Teh...

Peguam Hisyam Teh Poh Teik kini mengetuai pasukan pembelaan Sam Ke Ting dalam...

Pakatan Harapan Ambil Masa...

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak akan terburu-buru membuat keputusan berhubung cadangan penghapusan tol sebaliknya...

Julia Perez Botakkan Kepala Sebab Stres Bercerai?

JIKA ditanyakan kepada kebanyakan wanita normal pasti mereka tidak sanggup untuk membotakkan kepala masing-masing walau demi tujuan apa pun.

Namun, berlainan pula halnya dengan selebriti kontroversi Indonesia, Julia Perez yang tidak kisah untuk menogelkan mahkotanya demi menyatakan sokongan terhadap pesakit kanser.

Pada mulanya, ramai peminat tempatan membuat andaian bahawa dia sengaja membotakkan kepala disebabkan kecewa dengan hal rumah tangga yang terkandas tengah jalan.

jupe1

“Saya botak bukan untuk mencipta kontroversi dan juga bukan kerana stres dengan penceraian. Tujuan saya adalah sebagai sokongan untuk pesakit kanser, khususnya untuk pesakit wanita,” katanya.


Tidak hairanlah Julia Perez atau Jupe bertekad untuk membotakkan kepalanya demi sokongan moral kepada pesakit kanser kerana sebelum ini dia juga pernah menghidap kanser serviks namun telah disahkan bebas penyakit itu baru-baru ini.

“Saya botakkan kepala sebagai sokongan moral buat wanita yang menghidap kanser, walaupun rambut mereka gugur akibat menerima rawatan, mereka tetap cantik dan menarik biarpun rambut sudah tiada,” ujarnya lagi.

Jupe sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan bintang bola sepak Argentina, Gaston Castano pada 2013 namun disahkan bercerai bulan lepas. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori