Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Kim Swee Intai Aksi...

PETALING JAYA - Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Datuk Ong Kim Swee merancang...

MB Terengganu Bentang Bajet...

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Terengganu hari ini membentangkan Bajet 2018 dianggarkan sebanyak RM1.996...

Ibu Tiri, Bapa Mengaku...

SUSULAN kes kanak-kanak lima tahun, Nur Zuliana Zaara Zulkifli atau Yaya yang dipercayai...

Imarahkan Masjid Sebagai Pusat...

KANGAR - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berharap agar semua...

APMM Tahan 14 Nelayan Vietnam Di Perairan Kelantan

PASIR PUTEH – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan menahan sebuah bot bersama 14 nelayan warga Vietnam selepas didapati menangkap ikan secara haram di perairan negara berdekatan Tok Bali di sini malam tadi.

Pengarah APMM Kelantan, Kapten Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata nelayan terbabit didapati menangkap ikan pada kedudukan kira-kira 75.6 batu nautika dari timur laut Tok Bali di sini, pada 10.23 malam.

“Bot yang dinaiki nelayan berkenaan ditunda ke Ibu Pejabat APMM Daerah Maritim 10 di Tok Bali di sini untuk siasatan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Tok Bali di sini, hari ini.

Nurul Hizam berkata bot serta peralatan menangkap ikan dan hasil tangkapan seperti ikan dan sotong kering dianggarkan bernilai RM2 juta.

“Nelayan berkenaan ditahan reman 14 hari bermula hari ini untuk siasatan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan tanpa kebenaran dan jika sabit kesalahan bot akan dirampas, tekong didenda tidak lebih RM1 juta dan awak-awak didenda tidak lebih RM500,000 seorang,” katanya.

Beliau berkata tangkapan itu hasil operasi rondaan Kapal Amanah (KM) yang disertai 24 anggota diketuai Lt Komander Mohd Fazrul Mohd Mustafa.


Nurul Hizam berkata pencerobohan nelayan asing di perairan negara kini semakin berkurangan berikutan kawalan ketat pasukan keselamatan negara terutama APMM.

Katanya sejak Januari hingga kini, APMM Kelantan menahan tiga bot nelayan Vietnam yang menceroboh perairan negara. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori