Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Suami Terkejut ‘Isteri’ Sama...

JEMBER - Seorang lelaki terkejut besar selepas mengetahui ‘wanita’ yang dikahwininya beberapa bulan...

Tidak Putus, Idris Sedang...

TANGGAL 20 Januari lalu sepatutnya menjadi tarikh bersejarah bagi pelakon kacak Idris Khan...

Penganggur Didakwa Rompak Pengawal...

KUALA LUMPUR – Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini...

Mia Ahmad Selamat Bersalin...

KUALA LUMPUR - Pelakon Mia Ahmad selamat melahirkan bayi sulung lelaki pada pukul...

APMM Tahan Bot Tunda, Kapal Pindah Minyak Tanpa Kebenaran

JOHOR BAHARU – Sebuah bot tunda dan kapal ditahan ketika sedang memindahkan minyak diesel tanpa kebenaran di perairan Pontian, semalam.

Bot tunda ASL Courageous dan kapal MT Amal itu ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) pada 1 pagi ketika sedang bergerak di kedudukan kira-kira 2.3 batu nautika barat daya Pulau Pisang.

Pengarah Maritim Daerah Johor Baharu, Kapten Maritim Aminuddin Abd Rashid berkata aktviti bot dan kapal itu dikesan kapal peronda APMM yang sedang menjalankan Operasi Satria Selatan di perairan berkenaan.

“Semasa pemeriksaan dilakukan, bot tunda dan kapal terbabit gagal mengemukakan dokumen kebenaran daripada Ketua Pengarah Jabatan Laut Malaysia untuk pemindahan minyak,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Aminuddin berkata penahanan itu merupakan yang pertama membabitkan pemindahan dari kapal ke kapal semasa kedua-dua kenderaan sedang bergerak.

Beliau berkata keadaan bot tunda dan kapal yang bergelap semasa melakukan pemindahan minyak juga menimbulkan curiga.

Katanya, bot tunda ASL Courageous itu didaftarkan di Indonesia dan sedang dalam perjalanan dari republik berkenaan menuju Bangladesh dengan membawa 12 kru rakyat Indonesia berumur 28 hingga 67 tahun.


MT Amal pula berdaftar di Ulaanbaatar, Mongolia, dan membawa sembilan kru rakyat Indonesia berumur 24 hingga 62 tahun serta sejumlah 17,000 liter minyak.

“Empat kru bot tunda dan empat kru kapal itu dibawa ke pejabat APMM Daerah Johor Baharu untuk diambil keterangan.

“Pemilik bot tunda dan kapal boleh dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 491B (1)(K) Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 dan Seksyen 491B(4) ordinan yang sama,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori