Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

VIDEO: Cinta… Ubah Persepsi...

CINTA itu buta, ungkapan tersebut sering kita dengar sekiranya merujuk tentang perasaan istimewa ini.Menarik dan...

Ujian Vaksin Bermula, Harapan...

GENEVA - Ujian klinikal vaksin pertama novel koronavirus (Covid-19) telah bermula.Ketua Pertubuhan Kesihatan...

Ucapan Anniversary Alyah Buat...

PERNAH diuji dengan pelbagai ujian yang melanda rumah tangganya, penyanyi Alyah nyata tabah...

Bapa Adun Rasuah, Tindakan...

PERMATANG PAUH - Tindakan harus dikenakan kepada mana-mana pihak yang bersalah berhubung dakwaan...

APMM Tahan 7 Nelayan Vietnam Ceroboh Perairan Negara

KEMAMAN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan tujuh nelayan asing warga Vietnam termasuk seorang tekong yang menceroboh perairan negara pada 5.30 pagi tadi kira-kira 90 batu nautika dari Bandar Kuantan, berhampiran sempadan perairan Terengganu.

Pengarah Maritim Pahang, Kapten Maritim Khoo Teng Chuan berkata kesemua nelayan berkenaan ditangkap ketika menangkap ikan dan sotong tanpa mempunyai permit yang sah.

“Nelayan berkenaan dikesan menjalankan aktiviti berkenaan ketika APMM sedang melakukan rondaan Ops Perkasa Timur dan Ops Marikh di perairan negara sekitar pukul 3.30 pagi.

Pihak kami kemudian mengesan bot berkenaan yang dalam keadaan mencurigakan dan ketika hendak merapat awak-awak bot tersebut bertindak memadamkan lampu, memotong pukat serta buang tali ke dalam laut bertujuan melarikan diri dengan menyekat pergerakan kapal APMM,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Katanya, pihaknya kemudian mengejar bot yang berjaya keluar dari kepungan pihak APMM sejauh 10 batu nautika dan berjaya dipintas dua jam kemudian.


Katanya tekong beserta awak-awak warga Vietnam yang berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun itu juga ditahan kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri serta dokumen perjalanan yang sah.

“Pemeriksaan lanjut terhadap bot terbabit membawa kepada penemuan muatan sotong dan ikan pelbagai jenis yang dianggarkan seberat kira-kira 300 kilogram dan nilai rampasan hasil tangkapan beserta bot dianggarkan sebanyak RM500,000,” katanya.

Katanya, kesemua nelayan asing terbabit akan dibawa ke lokap APMM Kuantan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • APMM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori