Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Video: Peragut ‘Syaitan’ Gilis...

SEORANG wanita bukan sahaja diragut beg tangannya, malah turut cedera parah selepas digilis...

Bekas Perogol Bersiri Kanada...

APAKAH ada peluang kedua untuk bekas perogol bersiri, Selva Kumar Subbiah untuk meneruskan...

“Ingatkan 3, Rupanya 2...

KUALA LUMPUR - Dua mayat yang dikerat beberapa anggota badan ditemukan di tepi...

Hari Kebangsaan: Penguna Tol...

KUALA LUMPUR - Pengguna lebuh raya kelas satu yang membuat bayaran tol secara...

Artikel Presiden PAS Timbul Tanda Tanya Kerjasama UMNO, PAS

KUALA LUMPUR – Satu artikel bertajuk “Wajib Bersama Jemaah Islam” tulisan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang disiarkan di laman Facebook Dewan Ulama PAS Pusat hari ini menimbulkan tanda tanya ramai pihak.

Ramai tertanya-tanya sama ada artikel oleh Abdul Hadi itu merujuk kepada seruan yang dibuat oleh pendakwah terkemuka, Dr. Zakir Naik semalam supaya PAS menjalin kerjasama dengan UMNO demi Islam di Malaysia.

“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang pada jalan-Nya dalam keadaan bersaf (yakni berbaris dengan teratur) seolah-olah seperti suatu binaan yang sokong menyokong (dan kuat-menguatkan di antara satu sama lain)” (As-Saff: 4),” kata Abdul Hadi dalam artikel berkenaan.

Abdul Hadi menerangkan, makna saf yang disebut dalam ayat tersebut ialah umat Islam perlu berbaris dengan teratur sebagaimana saf yang dibuat ketika mahu mengerjakan solat.

Menurutnya, Allah S.W.T. mengasihi orang beriman yang berjuang dengan penyusunan yang rapi dan teratur maka umat Islam perlu teguh dalam saf dan penyusunan yang telah diatur.

Kata beliau, umat Islam tidak boleh merasakan bahawa dirinya tidak penting apabila diletakkan pada suatu tempat dan keadaan tertentu.

“Ini kerana Allah S.W.T menilai pahala seseorang itu berdasarkan keikhlasan dan kejujuran masing-masing, tanpa mengira di saf mana dia ditempatkan,” katanya.

Beliau turut menegaskan, kadang-kadang ada dalam kalangan pejuang Islam mempunyai niat yang tidak baik dan tidak bersungguh-sungguh menegakkan agama Allah.

Jelasnya, sikap tersebut mengakibatkan berlaku kelemahan dalam jihad dan perjuangan menegakkan kalimahNya.

“Oleh kerana itu Allah memerintah kepada orang beriman melalui firmanNya inilah perbandingan orang-orang yang beriman diantara sesama mereka iaitu mereka hendaklah mempunyai penyusunan yang rapi dan teguh sebagaimana teguhnya sebuah bangunan yang telah siap didirikan.

“Beginilah cara berjihad, berjuang dan berperang untuk meninggika agama Allah,” katanya.

Semalam. Dr. Zakir secara terbuka menyatakan harapan beliau untuk melihat UMNO dan PAS dapat bekerjasama bagi membolehkan negara ini dan syiar Islam terus berkembang maju.


Menurut penceramah berasal dari Mumbai, India itu, secara keseluruhan umat Islam di negara ini termasuk kedua-dua pemimpin parti itu dilihat sebagai pengamal Islam yang baik.

Jelasnya, walaupun terdapat perbezaan ideologi politik dalam kedua-dua parti, tetapi itu bukan penghalang.

ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć…ā€œKalau mereka boleh bersatu berlandaskan al-Quran dan hadis, ia akan menjadi sesuatu yang baik bagi muslim.

ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć…ā€œJika kedua-duanya bekerjasama ia akan membentuk komuniti Islam yang berkali ganda besar berbanding bukan Islam dan saya berdoa untuk itu,ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć‚Ā katanya.

Rentetan itu Dr. Zakir dilempar dengan pelbagai kata nista oleh penyokong Pakatan Harapan di media sosial yang berang dengan saranan berkenaan.

Dr. Zakir yang sangat berpengaruh dalam kalangan masyarakat Islam di seluruh dunia itu turut dituduh sebagai pencacai UMNO dan kerajaan.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan dalam satu kenyataan hari ini bagaimanapun memaklumkan, PAS akan bekerjasama dengan mana-mana pihak termasuk Barisan Nasional (BN) bagi memperkukuhkan Islam di negara ini.

Namun, kata beliau, PAS tidak akan menyertai BN kerana tertakluk kepada ketetapan yang dibuat dalam mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS pada Januari lalu. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori