Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Jenazah Lelaki Maut Akibat...

JOHOR BAHRU - Jenazah lelaki warga tempatan yang merupakan antara dua kes kematian...

Masjidil Haram Sediakan Tempat...

SEIRING dengan kemahuan semasa, Masjidil Haram di Makkah, Arab Saudi kini mempunyai tempat...

Sistem Pengangkutan Awam Bantu...

KUALA LUMPUR – Jaringan sistem pengangkutan awam yang baik dapat membantu menjana pertumbuhan...

Najib Tinjau Kawasan Kolam...

PEKAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meluangkan masa...

Aswaja Mahu Saman Mufti Perlis, Gesa Dr. Asri Bertaubat!

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja) mahu mengambil tindakan undang-undang ke atas Mufti Perlis, Prof Madya Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin.

Aswaja dalam satu kenyataan media berkata, Mufti Perlis yang dilabelkan oleh pertubuhan itu sebagai Mufti Siber memfinah Aswaja kononnya membantah kehadiran penceramah bebas, Dr. Zakir Naik di negara ini.

Lebih teruk, kata Aswaja, Mohd. Asri sengaja menyamakan Aswaja dengan Hindu Rights Action Force (Hindraf) sebagai taktik memburuk-burukkan pertubuhan Islam tersebut di mata rakyat.

“Aswaja berasa jelik dengan taktik dan sikap Mufti Perlis yang berterusan bukan saja mencetuskan kontroversi, malah menimbulkan fitnah terhadap pertubuhan ini apabila Aswaja dikatakan menjadi penentang kepada kedatang pendakwah bebas Zakir ke negara ini.

“Sebagai seorang Mufti yang berakhlak, beliau sepatutnya menjaga tutur kata dan mengemukakan bukti apabila melontarkan sebarang tuduhan. Apatah lagi menyamakan Aswaja yang memperjuangkan Islam dengan Hindraf.

“Di manakah akhlak seorang Mufti yang ‘suci’ ini apabila menyamakan pertubuhan Islam dengan pertubuhan jelas ditunjangi bukan Islam. Apakah ini Islam yang diamalkan Mohd. Asri? Apakah Islam mengajar umatnya berkelakuan sebegini apatah lagi dari seorang mufti,” kata kenyataan itu semalam.

Mufti Perlis dalam kenyataannya semalam berkata: “Hindraf bantah ceramah Zakir di Malaysia. Lebih menarik lagi Hindraf mendakwa Zakir bukan dari aliran Aswaja. Barangkali Hindraf pun terkena sindrom puak dalam masyarakat muslim yang suka menuduh orang lain bukan ahli sunnah wal jamaah”

Aswaja seterusnya meminta Mufti Perlis mengemukakan bukti pertubuhan itu membantah Zakir masuk ke negara ini bagi menunjukkan beliau bukan seorang fasik yang melemparkan tuduhan tanpa bukti dan membawa mulut tanpa penyelidikan.

Menurut Aswaja, pertubuhan itu memahami permainan Mufti Perlis yang sentiasa berlagak ‘suci’ dan ‘mulia’ melemparkan fitnah berkenaan untuk mengheret orang ramai membenci dan mengkritik Aswaja tanpa hujung pangkal.


Malah, kata Aswaja, pertubuhan itu sememangnya faham dengan rentak Mohd. Asri yang mahu mengambil kesempatan terhadap populariti Zakir bagi memburukkan Aswaja.

“Bertaubatlah Mohd. Asri, malulah dengan kedudukan anda sebagai mufti sebelum menyebarkan fitnah dan tuduhan. Ingatlah Allah sentiasa memerhati kita, jangan lakukan sesuatu yang boleh mengundang kemurkaan,” kata Aswaja.

Sehubungan itu, Aswaja memaklumkan akan merujuk kepada peguamnya untuk mendapatkan khidmat nasihat dan seterusnya bagi mengambil tindakan undang-undang terhadap Mufti Perlis supaya perbuatan fitnah oleh Mohd. Asri terhadap Aswaja tidak berterusan.

Sementara itu, dalam satu kenyataan lain, Setiausaha Organisasi Parti Amanah Negara (PAN), Suhaizan Kaiat memuji perhatian yang diberikan Mufti Perlis ke atas parti itu yang merupakan sekutu DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pakatan Harapan.

Menurutnya, PAN berterima kasih kepada Mohd. Asri kerana memberi maklum balas berhubung parti tersebut dan memberi jaminan akan melakukan lebih banyak usaha mendekati orang ramai.

Mufti Perlis dalam Facebooknya dipetik berkata, beliau berpendapat ada sebuah parti yang baru diwujudkan tetapi belum cukup berdaya saing dan belum ternampak identiti istimewanya. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori