Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pilot Bertekak, 20 Penumpang...

Selepas mendakwa mendengar 'pertengkaran' melibatkan pembantu juruterbang dengan juruterbang pesawat, kira-kira 20 orang...

Perkukuh Ketaqwaan Umat Islam...

KEZALIMAN yang sedang berlaku di Palestin sangat menyayat hati. Sudah terang lagi bersuluh...

Kisah Pemandu Lori Maut...

JOHOR BAHRU - “Setiap hari arwah akan singgah ke warung ini untuk bungkus...

Lelaki Ini Umpama Wira...

Alahai, geleng kepala kami dibuatnya apabila melihat gambar yang viral di laman sosial...

Azalina Nafi Kata WSJ Tidak Patut Disekat

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said menafikan beliau mengeluarkan kenyataan bahawa Wall Street Journal (WSJ) tidak patut disekat dan mendakwa portal berita Malaysiakini tersalah petik kenyataannya.

Azalina dalam satu kenyataan berkata kenyataan beliau dalam artikel bertajuk “Azalina: Shouldn’t Block WSJ, M’sia Not A Communist Nation,” dibuat secara umum tanpa merujuk kepada mana-mana media atau agensi berita.

“Saya menekankan bahawa Malaysia adalah sebuah negara demokrasi dan bukannya komunis, saya merujuk kepada kebebasan bersuara dan tidak mengaitkannya kepada mana-mana agensi berita secara spesifik,” kata beliau.

Azalina berkata kerajaan pada hari ini telah menunjukkan tahap toleransi yang tinggi dan menerima kritikan daripada semua pihak terutamanya media sosial.

“Ini sememangnya penting dengan kebangkitan media sosial yang mana rakyat boleh mengkritik pemimpin kami secara terbuka di Facebook, Instagram, Twitter, blog dan sebagainya.


Ini menunjukkan kerajaan bersedia menerima sebarang kritikan selagi ia bersifat membina,” katanya.

Azalina berkata ulasan beliau adalah berasaskan kebebasan bersuara dan bukannya menyekat atau tidak menyekat agensi berita tertentu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori