Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Tweet Foto Lofa &...

NAMA Neelofa dan Fattah Amin memang tidak asing lagi dalam industri hiburan tempatan. Selepas...

Tiket JDT Vs Terengganu...

KUALA LUMPUR - Tiket perlawanan perlawanan peringkat suku akhir kedua Piala Malaysia antara...

Pelajar Hilang Dikhuatiri Lemas...

LABUAN – Seorang pelajar lelaki Tingkatan Empat SMK Mutiara di sini dikhuatiri lemas...

Bawah Kerajaan PH, Pelabur...

PELABUR asing masih tidak mendapat gambaran jelas berhubung hala tuju dan dasar kerajaan...

Bapa Rotan Anak Gagal Ujian Sampai Lebam Disiasat Polis

AKIBAT gagal satu subjek dalam peperiksaan, seorang bapa tergamak merotan anaknya sehingga meninggalkan kesan lebam di bahagian peha dan lengan tangan kiri.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru Manayi Ibrahim berkata, mangsa hadir ke sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dengan kesan lebam di tubuhnya hingga disedari guru.

lotann maaa

Manayi turut memuat naik gambar kecederaan murid berusia 8 tahun itu dan menurutnya, setelah menghubungi bapa kepada murid berkenaan lelaki tersebut menjawab, “lu apa hal, ni wa punya anak, wa mana tau undang-undang Malaysia salah”.

Murid dirotan sampai lebam kerana gagal satu subjek

Sebelumnya, guru yang menyedari kesan lebam pada muridnya bertindak memaklumkan perkara itu kepada pengurusan sekolah lantas mangsa dirujuk ke sebuah hospital awam untuk rawatan.

Pihak sekolah juga melaporkan perkara itu kepada JKM sebelum membuat laporan polis.


Hasil siasatan mendapati, bapa kandung mangsa yang juga warganegara Singapura bertindak merotan anaknya kerana berang mangsa gagal dalam satu subjek peperiksaan.

“Mangsa dirotan oleh bapanya sebagai hukuman kerana gagal kertas ujian bagi satu subjek.

“Perbuatan itu melampau kerana menyebabkan mangsa menanggung penderitaan, meninggalkan kesan lebam pada badan selain menyebabkan trauma,” katanya seperti dilaporkan sebuah akhbar.

Difahamkan siasatan kini dijalankan oleh pihak polis mengikut Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara sehingga 10 tahun, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori